Bismillahirrahmanirrahim....dengan nama Allah ku mulakan penulisanku ini...
Petang Sabtu yg lepas, kami melakukan satu program outdoor yg amat menarik.Tetapi...
"Alamak, hujan... macam mana ni, tak jadila nak buat program."
"Ni yg tak best ni, kenapala hujan nak turun sekarang?!"
Seterusnya, kita ke malam Ahad yg lalu... di mana saya menonton program GPS Iman di TV3...
Antara aktiviti dalam program tersebut tidak dapat dijalankan dan seorang ahli GPS Iman berkata, lebih kurang macam ni la...
"Kita tidak boleh salahkan hujan, kerana hujan adalah rahmat Allah kpd hamba2Nya, sepertimana dlm firman Allah.....
Oleh itu, janganlah kita menyalahkan hujan kerana sebenarnya kita menyalahkan Pencipta hujan...sebaliknya marilah kita berfikir positif bahawa hujan ialah rahmat dari Tuhan Pemberi Rezeki.Tanpa hujan, semestinya kita akan lebih susah, kerana laut kering-kontang, tumbuhan tidak tumbuh dan manusia akan mati kerana ketiadaan air... Subhanallah, setiap yg diciptakan Allah pasti ada hikmahnya...
Lagi satu, saya mengesyorkan anda semua membaca doa ini ketika hujan supaya hujan itu bermanfaat buat semua penduduk di kampung BUMI ini...
Terima kasih awan, kerana sanggup menangis kerana manusia...
Dan paling penting TERIMA KASIH ALLAH, kerana mencipta hujan & sebagainya...
sekian,
dari HAMBA YANG MENCINTAI TUHANNYA, ALLAH!
No comments:
Post a Comment