Macam jadi diari sendiri pula, tulis 2 kali.
Hari ini. Serabut.
Bola jaring . Bila baca buku VT rasa semangat pulak nak sukan.
Masa rehat antara perlawanan tadi. Duduk dengan satu geng ni bawah payung. Hah, lagi, kami mulakan bicara sesama..
"Eh, panass .. "
"Tau takpa, bahang laa."
Sunyi. saya start pulak,
"eh. jadilah macam matahari"
sorang ni kata,
"haha, sebab matahari boleh kasi hitam semua manusia?"
erk. Tersengih je saya. Sorang lagi,
"kenapa ?"
"sebab matahari tu sungguh-sungguh nak sinarkan cahaya dia. walaupun awan halang, dia tetap dengan kesungguhannya jugak."
Tengah-tengah padang masa tu. Tak pernah pula saya nak berkata-kata macam tu. Mereka dengar sahaja. Lapang je nak cakap :) Ini sebab pengaruh novel tu kut, novel VT. Tibe-tibe fasal matahari.
HamduLillah.
"Allahu Qawwiniy.."
Subhanallah....
ReplyDeleteAmat cantik penciptaannye... ~.^..