Pages

25 November 2014

3 : saya nak thabat.

Bismillah.

MashaAllah sebenarnya tak sabar nak post. Tpi hari ni baru kesampaian utk tunaikan hajat ini :D

Betullah kata orang, pengalaman mematangkan. Lagi2, bila dah besar ni (besarrr eh?) banyak benda kita lalui.

Keperluan duit tu pun dah semakin rasa. Eheh

Moga semuanya membuatkan kita berjiwa besar <3

Walaupun, kadang2 ada je part yang kita tak suka sebab bukan cara hidup kita yang sebelum ni. Belajar untuk adapt pun penting. Asal tajarrud :-B

Tapi ade seorang kakak akhawat explain tentang surah as sharh. Biasalah, bila kita ulang balik something yang dah pernah kita dengar, kita still akan dapat benda baru.

Jeng3, bersama kesulitan ada kemudahan. Saudara syiria, kesulitan mereka adalah peperangan, tapi bersama mereka kemudahan mahupun kemanisan itu adalah pada kalimah lailahaillaah itu. Mungkin juga pada kita kesulitan itu tiada kawan yang sekepala sefikrah bersama2, tpi kemanisannya pada tarbiyah yang Allah sampaikan melalui mereka.

Last but not least, benda yang kita kejar dalam kesibukan waktu ini actually satu, redha Allah. Moga2 kita antara mereka yang diredhai Allah. Amin

Selamat melangkah dengan iman :)

*asifah post bukan pd waktunya. Hehe

24 November 2014

4 : Qawiyy

Bismillah.


"Pedagang yang berjaya adalah pedagang yang dapat menghasilkan satu qirsy dalam setiap harinya, dan seorang da'i yang berjaya adalah da'i yang dapat mendakwahi satu orang setiap harinya. "


-- Bagaimana Menyentuh Hati
'Abbas AsSisi--


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


" Memang takleh eh main-main dengan lelaki macamtu"..

Haaa..
Senyum.

Sebab semalam dah kena tegur main chess dengan lelaki.

"Awak kan dah baligh, dah besaarr tak kan sampai awak tua nak main dengan lelaki?..."

"Tak. Saya tak nak."

"Kalau guru dekat sekolah pagi ada tak tegur awak main dengan lelaki"..

Geleng.

"Haa.. Tu sebab awak kena sekolah agama.."

9:23 pm.
1 Safar 1436H,
24 Nov 2014,
Malaysia.




18 November 2014

7 Emergency Post Hehe New Life

Alhamdulillah selesai satu lagi paper baru berkesempatan menulis

sekarang melepak di bilik tv cuba cuba bermesra dengan akak senior cina dan india yang ada paper esok. hehe suka suka je nak mengacau orang!

setengah tahun bergelar mahasiswi mengajar erti kehidupan bukan pada menghukum

walaupun banyak stigma negatif tentang isu perkauman, saya memilih untuk cuba meneutralkan perasaan itu

islam tak pernah ajar kita untuk melabel

kakak kakak yang saban hari menemaniku belajar di bilik tv nilah terkadang mengajar aku erti kemanusiaan

bila hujan akak india yang tolong tutup tingkap

bila nak study, akak cinalah yang tutup tv sebab tak nak ganggu (walaupun haku yg kena berambus sebab study kat bilik tv)

bila nak ke toilet insan nilah yang dipercayai untuk menjaga harta benda

tapi perkara perkara kecil nilah kadang kadang kita tak nampak pada seorang muslim

hidup cara nafsi nafsi telah mengajar kita untuk hanya pentingkan diri sendiri

bila kain jiran jatuh daripada ampaian, bukanlah sukar untuk angkat semula

bila terserempak senyumlah

malu saya bila acap kali akak cina yang senyum sapa sambil menundukkan kepala sikit tanda hormat

aaaahhhhh kenapa kenapa kenapa diri ni susah sangat nak mula dulu!

satu lagi,

hidup berjiran dengan penganut agama yang membakar colok dalam bilik bukan mudah

bau asap menguji tahap kesabaran

selalu mempersoal macammana mereka boleh survive dalam bilik tu kalau orang kat luar dah rasa macam nak meningg**

tapi islam ajar kita berlapang dada

semua panduan dah ada tinggal nak implement je

kenapaaa susahh sangattt nak terimaaaaa macamlahh semuaa awak buat tak pernahh buat jiran rasa tergangguuu!


jadi inilah proses pembelajaran

kehidupan yang mematangkan adalah

yang mengajar kita untuk berbakti kepada orang sekeliling

bukan menghukum

Love and be loved

17 November 2014

6_^ kembali.... yo!

Bismillah...

Oh.sungguh Rindu. Tak terluah di mulut.Cuma dalam hati.
Nak update ni pun,berdebar pulak.
Oh.sungguh rugi Tak update minggu lepas.

Hmm.emm..
Nak cerita apa ya pada antunna?
Fikir.fikir.Dan fikir.
Weh.idea Tak Mari lah.

Oh.ada kut.untuk pertama kali post nih.

Seriously,
Memang belajar baaanyaaakkk sangat.sangat.sangat perkara.
MemBESAR.
InsyaAllah bukan sekadar jismi(badan), Tapi juga pemikiran.ya,cara fikir.apa yang difikir.
Juga amal.
Sudah tiba masa untuk dipraktik segala yang sudah belajar.ya,memang banyak lagi kene belajar .Tapi masih boleh amal sambil belajar .

^_^

#life4learn.
#Rindu antunna teramat.
#fii hifzillah semuanya

*oh.gaya bahasa terpaksa ditukar sikit.Tak pasti banyak atau sikit.
Hoho.ini gara2 taknak terkantoi!

15 November 2014

4: ambil 'ibrah daripada budak comel

Bismlillah.



Hee kalau ikut waktu Malaysia dah 15hb ni :P

Hihi takpe saya ikut waktu Kazakhstan, dua jam lambat. Ngee.

Hari ni hujan lebat. Rahmat Allah, tak boleh pertikai. Waktu hujan ni laaa nak doa banyak2 betul tak?

Cerita pasal hujan ni... Teringat satu cerita. Ha. Meh baca cerpendek yang tak seberapa ni. Jangan marah malau tak best. Sebab saya bukan penulis cerita.
------------------------------------------------


"Huhhh. Penat betul hari ni. Kelas full dari tengahari sampai petang".

Hujan lebat baru sahaja berhenti.

Rahmat.

Dari jauh kelihatan seorang anak kecil, mungkin dalam lingkungan umur 7 atau 8 tahun.

Datang ke arahnya.

Pelik. Nak apa budak ni?

"Akak, akak dah baca doa hujan?.."

Hah. Sentap jap.

Jeda. Cari idea nak cover malu.

"Ermmmm haaa macam mana doa hujan?.. " tanya nada menguji.

Nak mengelak jawab soalan atas tu.

"Macam ni.... Bismillahirrahmanirrahimm.." Sambil tadah tangan.

اللهم صيبا نافعا :D

"Ameen"..

"Apa maksud dia eh kakak?"

"Haaa maksud diaa, Ya Allah jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat."

"Okeyy."

Sibuk sangat sampai lupa nak baca doa hujan. Eishh selama ni duk sibuk ajar kat generasi muda doa hujan.

Tapi diri sendiri? Moga dijauhkan dari golongan yang disebutkan dalam Surah [as-Saff : 2-3]

--------------------------------------

TAMAT.

Sape tak paham? Hahah. Ni cikai je, semoga bermanfaat.

01:49 am
Malaysia masih aman.
Sangat.








12 November 2014

2 : Journey

" Some Hearts Understand Each Other Even In Silence
- Rumi -


Hampir setahun sudah kita tinggalkan alam persekolahan. 

Menempuhi alam baru. dengan Keadaan yang baru. Situasi yang baru. Biah yang baru. dan Cabaran yang baru. dan ini semua akan mencantikkan lagi lakaran lakaran Memori yang tercipta.

Menapak langkah demi langkah menuju kedewasaan. *eh*

Jangan berhenti berharap. Jangan berhenti berdoa.

الرجاء
الخوف
المحبة

Pimpinlah saya. Doakanlah saya. 
Jom saling berpimpinan. Jom saling mendoakan.
Yang terbaik InsyaAllah.


Semoga Hati kita sentiasa bertaut dalam cinta-Nya.
12 November 2014.
Malaysia. Jordan

p/s : Sorry pendek je 

7 November 2014

7 : Sungguh Aku Rindu

Bismillahi walhamdulillah subhanallah Allahu akbar



malam ni merupakan salah satu tanda cinta dan rahmat keagungan yang Maha Esa


 di bawah bumbung institusi sambil ditemani alunan muzik yang dimainkan oleh jiran. dia sedang prektis saya kira untuk exam yang bakal menyusul. udara sejuk tempias rembesan hujan sebentar tadi, bantal empuk dan stokin lembut di kaki


aaaah~~~
mood dah ada apa kata kita mula <3


alhamdulillah bersyukur sangat atas ukhwah ini.

mungkin inilah yang namanya cinta yang terbinanya ia atas dasar iman dan islam

inilah cerita cinta kita semua


dalam pahit suka duka cemburu marah cinta geram dan sebagainya, hati kita tetap masih saling merindui semua. masih tidak serik dan lokek untuk meluahkan kata rindu dan menthrowback segala memori indah yang terpahat di hati.


kerana cinta kita insyallah ke sorga

tiada pengakhirannya


teringat bagaimana suasana cinta dalam bulatan kasih yang sentisa saling mengingatkan kepadaNya

terlalu rindu akan perasaan sayang itu

terlalu berharga nilainya akan pelukan hangat seorang ukhti tanda sifat pengasihnya

macammana  kata kata hikmah berupa nasihat

bukan untuk meraih apa, tapi hanya sebagai hiburan buat jiwa yang terluka

hmmmmm

walaupun medan kita sama di permulaannya namun hakikatnya masing masing akhirnya terpisah dengan izinNya

ingatkan entunna dengan si dendilion?

itulah kita, tersebarnya untuk membawa satu risalah yang sama

alhubb ilaLlah

**********************

terpilih untuk berlayar dahulu bukan satu perkara yang mudah

melepaskan cinta untuk berjuang di medan yang baru, ternyata perlukan mujahadah

mujahadah mencari teman sefikrah

mujahadah mencari teman musyawarah

mujahadah melawan nafsu serakah!

semua itu sumpah parah :'(

************************


tapi ingatlah! setiap kesukaran, Allah berikan seribu kesenangan

Allah berikan nikmat berada di sorga dunia

Allah beri peluang untuk diri ini bersama sama akhawat

inilah sumber kekuatan, ahlulbayt

mereka mengajar erti kehidupan

kebersamaan


************************

kini, semua dendelion dendelion cinta telah menebar jauh

namun bersama kita, dibawa hati dan kisah cinta kita

bersama memburu redha Nya

*************************

dan di sini, wakil dendelion yang berterbangan jauh

mengharapkan doa yang terbaik untuknya

bukanlah mudah berpijak di atas rahmat dan redha Nya

kerana hati ini terkadang huyung hayang dan tergoyah kerana ujian daripada Nya


salam rindu cinta keranaNya
Malaysia
7 November 2014
02:02 pagi









5 November 2014

4; hiyaaaa~!

Bismillah..

26/10

Tetiba terasa nak bukak laman sesawang blogger.com. Lama dah tak jenguk. 

Scroll page. Terjumpa laman sesawang blog yang lama. Malu betul bila baca semula apa yang ditulis oleh diri sendiri. Rasa macam....

Tak matang. *ceh macamla sekarang ni matang sangat* 

Scroll bawah lagi.

Tetibe terjumpa terpandang link ni.

Lakaran 9 Hati. Eh. Macam.....

YaAllah! Hampir tak ingat dah kewujudan blog ni. Huhuhu.

Terus bukak. Baca semua post. Gelak sorang2. 

4/11

Terus mesej 2. Hehe.

-------------------------------------—————
"Wehhhhh, tapi lupa password dengan emel..."

Isi recovery emel. Baru dapat. Lama sangat dah sampai lupa emel. 


So, ada harapan tak nak update post macam dulu? 

Ceh bajet macam ada je pembaca setia. 

InsyaAllah sampai sini je dulu.

11:49 pm,
Malaysia. 

Baru lepas hujan lebat petir kilat.
Tapi hujan kan rahmat,
Buat apa nak lari dari rahmat Allah kan.