Pages

27 May 2012

Sollu Alan Nabi Muhammad

Hamdulillah masih berkesempatan untuk menge'post' di ruangan blog ini. Syukur sangat :) .Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita,insyaAllah .Ameen .

Hari ini teringin berkongsi tentang 'pabila hati berbicara' .Terasa ingin meluah di sini. Mungkin ini merupakan tempat yang sesuai(ya..mungkin) .Niat di hati hanya untuk meluah bukan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak dan merosakkan ukhuwwah yang sudah terbina .





Allah...Allah...Allah
Astaghfirullahalazim...Astaghfirullahalazim
Allah..Allah..Allah


Hati menangis tika ini .
Hubungan sesama manusia rosak merupakan tanda-tanda hubungan kita dengan-Nya juga rosak.Ana ada terasa dengan sahabat ana. Bagi ana ini merupakan tanda bahawa Allah juga merasa terasa dengan ana.Ertinya di sini ,ana telah melalaikan tanggunggjawab ana kepadaNya .

Sedih tahu...sedih.Sahabat terdekat kita ...tempat berkongsi segala perkara. Ana telah merasa terasa dengannya.

Allah..Allah..Allah
Sedih.


InsyaAllah...ini lah ubat yang terbaik buat kita ,wahai insan

Ana tidak tahu mengapa dan kenapa setelah sesuatu itu telah berlaku, ana menjadi geram(mungkin) pada sahabat ana ini. Allah.Mudahnya syaitan menjatuhkan ana ."Allah..Allah .Diri ini lemah ya Allah.Kau Bantulah "..

Mohon doa semua ,supaya Allah memberi kekuatan kepada ana dan kita semua untuk melawan syaitan laknatullah. Mohon juga pandangan dan komen tentang apa yang perlu ana lakukan..Syukran atas kesudiannya.

Mohon maaf atas segala kekurangan dan kepada yang terasa dengan kata-kata ana,mohon maaf sangat-sangat.

Allah..Allah
Astaghfirullah...Astaghfirullah..

wassalam ^.^


3 comments: