Pages

16 January 2012

6: Selami surat cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Buat pertama kali nya 1 tidak membuat post(setahu saya).Salah saya kerna tidak ingatkan. 3 pula berbicara tetang kapel?..4 zikrulmaut.tazkirah2.sekarang 6 ingin post tentang surat cinta??kenapa ni..?

 "Banyak udang banyak garamnya..banyak orang banyak laa ideanya"

Mari kita baca dan belek sebentar surat cinta ni.semua mesti pernah ada dan memang ada kan?Jadi saya teringin kongsi dengan kalian.Boleh?


Haa..di dalam surah Hud ayat 15 yang bermaksud :

Aku berlindung daripada syaitan yang direjam

   "Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya ,pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan"

Sambungannya ayat 16:

   "Itulah orang-orang yang tidak memperoleh(sesuatu) di akhirat kecuali mereka , dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan" 

Benarlah firman Allah yang Maha Agung

Asbabunnuzul (sebab turunnya ayat) bagi surahh yang ke 15:

Diriwatkan oleh Ibnu Katsir dari Mujahid dan Anas bin Malik bahawasanya ayat ini turun berkenaan dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang melakukan perbuatan baik kerana ingin mendapatkan pujian orang lain; mereka telah terkena penyakit riya' . Oleh kerana itu, Allah mengingatkan mereka dengan menurunkan ayat ini .

Jadi marilah kita memuhasabah diri sejenak.Tidak semestinya orang bukan Islam sahaja yang merasa riya' untuk melakukan perbuatan baik,malah orang Islam sendiri juga tidak lari daripada melakukan hal ini.Semua manusia inginkan dirinya dipuji.Tetapi pujian daripada-Nya melebihi segal-galanya.

Apabila kita ingin melakukan sesuatu pekerjaan ,ikhlaskan dahulu niat kita.Kita melakukan sesuatu kerana Allah .Inginkan keredhoannya.Sama-sama kita saling ingat-mengingati.

Mari mengejar MARDHOTILLAH!

5 comments:

  1. Na'uzubillahuminzalik~ Moga kita sama-sama terhindar dri terkena penyakit riya'... Ameen~
    Innamal a'malu binniah~ :)

    ReplyDelete
  2. Betul3, riya' pekerjaan hati, tiada siapa yg tahu. Hanya kita dgn Allah. ;)

    Minta dijauhkan~

    ReplyDelete
  3. to: 1234578,,ukhtiki fillah

    ..yg tgh free..tlg tukar gambo tuh dgn yg sesuai laa
    buku tuh muncul sendirik.bkn sye yg letak..cube laa kasi surat or what wva yg sesuai ..k,syukran.makasih byk kpd yg sudi m'dgr curahan <3 nih. :D
    moga Allah m'bls jasa baikmu!

    ReplyDelete
  4. Huaa.sy pecah rekod dok update tuk kali pertama!?
    cess,tak patut ada rekod mcm tu.

    [Asifah sgt3 T_T']

    ReplyDelete
  5. insyaallah....
    akan cube sedaya upaya untuk ikhlaskn diri
    chaiyok everybody...!!!!

    ReplyDelete