Pages

7 January 2012

6: Pemimpin yang memimpin

Bismillahirrahmanirrahim...


Tahun yang baru sudah menjengah hampir 2 bulan. Kerja memimpin ini merupakan kerja yang tidak formal untuk semua orang. Jikalau kita tidak menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi ,maka jangan ingat kita tiada sifat kepimpinan itu.Kerana kita merupakan pemimpin kepada diri kita sendiri ! Kita hanya perlu memimpin diri sendiri bukan seperti orang lain yang menjadi pemimpin perlu memimpin orang lain dan diri mereka sendiri juga.

Menjadi seorang pemimpin memang tidak lari daripada kehidupan kita .Hakikatnya kita semua merupakan pemimpin .Sedarlah akan tanggungjawab ini !

Saya ingin berkongsi pesanan daripada ukhti-ukhti untuk pemimpin sekalian..

"Jalankan tugas dengan baik. Dengar pendapat anak buah,pilih yang terbaik untuk mereka .Kita kena yakin dengan kemampuan kita . Cuba fikir kenapa Allah pilih kita ?mungkin dia hendak mencabar kita bahawa kita sebenarnya layak ...Dia cabar kita untuk menjadi lebih baik lagi . Bukan sekadar orang biasa dan jangan lupa suara orang bawah . Prihatinlah !"         -Ukhti Afifah-

"Kalau guru memilih kamu , pasti kerana mereka yakin kamu penuh tanggungjawab dan kemampuan untuk memikul . Jangan rasa apabila kamu jadi ketua tu..kamu yang kena buat semua benda-sendirian . Ada AJK lain dan guru pasti akan tolong kita . Kalau tidak tahu untuk melakukan ..cepat-cepat tanya guru atau senior ."
                                                                                                                                              -Ukhti Nadira-

Katakanlah kita dilantik untuk menjadi seorang pemimpin .Ada segelintir orang yang tidak setuju .
"Kerana hati seorang kita sanggup mengecewakan ramai orang(yang telah mengundi kita) .Jikalau kita tidak mahu mengecewakan hati  seorang,kita telah mengecewakan hati semua orang .Berbaik-baiklah dengan semua orang .Minta pendapat dan cadangan untuk mempertingkatkan lagi organisasi kita  "         -Ukhti Zya-

Fikir-fikirkanlah .InsyaaAllah semua orang mampu untuk melakukannya .

1 comment:

  1. Thanks sahabat,sebab beri peringatan yg bermakna..

    ReplyDelete