Pages

15 November 2011

3-san : *speechless*

 "In the name of God, Most Gracious, the Most Merciful"


Salamun'alaykum...


Maaf di atas kesulitan yg dihadapi... Disebabkan beberapa perkara, ayah melarang kami menggunakan komputer buat beberapa hari... Segala kesulitan maaf dipinta...


Insiden pertama:
Semalam, saya menaiki tren ketika pulang dari sebuah tempat... malang bagi kami, ketika itu waktu orang pulang setelah penat lelah membanting tenaga bagi mencari nafkah... tren sepatutnya tiba pada pukul 1649, namun akibat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, tren tertunda ke pukul 1726... kesabaranku sedang dicabar..!


tepat jam 1726, tren pon sampai... kami memasuki koc wanita... kami terpaksa bersempit-sempit di dalam koc itu... disebabkan saiz badan ku yang kecil, aku dihimpit oleh wanita-wanita yang lain... tren mula bergerak... perjalanan kami mengambil masa kira-kira 5 minit dari yang biasa iaitu 20 minit... di dalam tren, saya terlihat sesuatu yg tidak patut saya lihat...


...seorang perempuan bertatahkan tongkat di kedua-dua belah tangannya juga terpaksa bersempit-sempit seperti saya... sudhlah perlu berdiri seperti orang biasa pula... orang yang dapat mersa nikmat duduk di depan wanita tersebut, tidak mempedulikan langsung wanita itu, terus sahaja berpura-pura diulit mimpi... bukan saya mahu berburuk sangka, tapi saya kenal simptom2 orang yg berpura-pura tidur... lagipun, tidak logiklah dia dapat tidur dalam keadaan yang sangat sesak dan haru-biru itu...saya rasa sungguh kasihan melihat perempuan tersebut... tidak patut sungguh dia diperlakukan sedemikian rupa... dalam ke'terkejut'an saya, saya terdengar beberapa orang berbual mengenai perempuan tersebut:


"Kesian betul lah perempuan yg cacat tu... ada ke patut dia yg kurang upaya terpaksa berdiri sementara yang sempurna fizikal pula duduk..?"


"Bukan fizikal je sempurna, dalaman (rohani) mereka pon x sempurna... ada ke patut layan orang yang memerlukan macam tu..? x pernah pergi sekolah ke mereka ni..? Saya selalu ulang-alik guna komuter ni tiap-tiap hari... saya selalu nampak dia berdiri camtu... tak ade siapa pun yg nak offer dia duduk..."


ish3... ini ke rakyat malaysia yang kononnya 'kaya' dengan sikap berbudi bahasa..? fikir-fikirkanlah... belajar lah 'ithar... bagi yg x tahu, 'Ithar bermaksud mengutamakan orang lain sewaktu diri sendiri memerlukan sesuatu keperluan. Saya juga masih lagi berjinak-jinak dengan 'ithar... Mungkin ianya terlalu drastik tetapi boleh aje dimulakan perlahan-lahan... ~^^


Insiden kedua:
Semalam juga, ketika dalam perjalanan mahu ke tempat destinasi, ketika tiba di sebuah stesen, seorang couple masuk ke dalam koc wanita... saya pada mulanya tidak perasan hal itu tetapi memandangkan hampir kesemua mulut wanita memperkatakan tentang mereka, saya menjeling sekilas ke arah mereka... lelaki itu dengan muka yang tebal duduk bersama wanita-wanita yang lain... lelaki itu rasa janggal sedikit tetapi girlfriendnya mengatakan buat sahaja tidak tahu... girlfriendnya tersenyum gedik ke arah lelaki itu tanpa mempedulikan wanita-wanita yang lain... ni lagi satu, x reti nak baca arahan ke..? kalau ya pun x sekolah, xkan x pernah belajar membaca kot... sudah terang lagi bersuluh koc ni untuk wanita sahaja, nak juga masuk ya..? nanti bolehlah saya daftarkan anda ke tadika semula ya..? ;)


nampaknya manusia makin lama makin lupakan diri... Ya ALLAH, tetapkanlah hatiku ini dan hati-hati saudaraku yang lain dalam agama-MU... bantulah kami dan tabahkanlah hati kami menjalani kehidupan ini setiap hari dengan bantuan-MU...  Ya ALLAH, perkenankanlah..!

4 comments:

  1. ya Allah,
    perkenankanlah doa si 3..

    kita pon semenanye kene doakn mereka kt luar sana jgk supaya dapat hidayahNya.mungkin mereka x tahu..dan mintalah supaya diberi pengetahuan

    yg kene beri tahu ialah kita!
    it is our tanggungjawab

    ReplyDelete
  2. yeah..! setuju dengan 6..! ^-^

    ReplyDelete
  3. Tapi hari tu, saya naik tren coach wanita, ada juga yg pelawa makcik tua untuk duduk. Dalam hati saya memuji juga. Prihatin.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, prihatin juga sahabat2 saya tntg masyarakat ye... InsyaAllah kita sama2 bergerak utk menyampaikan seruan Rasulullah sollallahu'alaihiwasallam... jom bersama saya!

    ReplyDelete