Pages

7 November 2011

6: Raya Haji !

Assalamualaikum w.b.t

semalam dah ada yg mengingatkan bahawa org yg mungkir janji nih tergolong dlm golongan org munafik(nauzubillah)..tetapi saya seorang manusia yg memang tidak akn terlepas drpd melakukan kesilapan.justru itu,saya ingin menyusun jari memohon maaf di atas kesilapan yg disengajakan atau tidak.

semalam pagi2 lagi dah bukak tv.bila bukak tuh,ada seorang pak cik sedang memegang mic sambil bertakbir.Muka dia sayu je (macam nak menangis je tengok).Tetapi setahu saya kalau dekat negara arab..bila bertakbir mereka akan bertakbir dangan semangatnya,bukanlah bernada sayu.lagipun takbir waktu raya haji ni kan dilaungkan pada zaman nabi setelah memenangi sebuah perang.Jadi sepatutnya dilaungkan dengan bersemangat.mengapakah hal ini terjadi?tetapi janganlah disebabakan kita nak bawa apa yang nabi buat waktu zamannya,kita pun pergi ke masjid lalu bertakbir dengan nada yang semangat.maka akan terkejut semua orang dan akan menjadi topik besar dalam semua akhbar pada pagi raya(ini namamya mencari publisiti).Sudah menjadi budaya orang melayu kita apabila bertakbir bernada sayu.Apa yang boleh kita lakukan?

Pada petang jumaat,04/11/2011-cikgu saya mengatakan bahawa mengapakah semua orang semangat nak buat haji?ada apa dengan melakukan haji ni? Jawapannya ialah adanya kepatuhan kita terhadap suruhan Allah.Di sini jelas menunjukkan bhw kita sedar kita hanya seorang hamba yang hidup dimuka buminya sebagai seorang musafir yang berhenti rehat seketika di R&R.tidak lama .Justru itu ,kita haruslahpatuh akan semua perintahNya .Bukan sahaja menunaikan haji tetapi juga menunaikan semua rukun islam,solat 5 waktu sehari semalam,puasa sebulan di bulan ramadhan ,zakat dan yang membuktikn seseorang itu islam ialah mengucap 2 kalimah syahadah.Di sini kita perlu yakin bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruhNya .Setelah kita yakin..kita perlu melakukan segala suruhanNya. Al-Quran dan hadith sebagai petunjuk jalan(pegangan) kita semasa di dunia ini(hadith).Jadi peganglah dengan seerat2nya supaya kita tidak tergelincir ke jalan yang salah.

Isi penting yang kedua dalam tazkirah tersebut-adalah kesatuan yang ingin dipupuk dalam menunaikan haji.Kerna ketika berada di Mekkah ,semua orang memakai pakaian ihram tidak kira muda ,tua,raja ,rakyat biasa,orang dari Amerika,dari China,dari Pakistan dan lain-lain berkumpul di sini.Ini menunjukkan kasatuan kita sebagai Orang Islam.Dengan kesatuan ini mengapa tidak kita bersama-sama membebaskan negara Islam lain yang ditindas?Apakah peranan kita?

Isi ketiga ialah -pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail alaihissalam.Disebabkan ini merupakan arahan Allah, Nabi Ibrahim sanggup menyembelih anaknya ini.Ini merupakan pengorbanan seorang hamba terhadap tuhannya.Sungguh berat ujian yang telah diturunkan buat Nabi Ibrahim ini.Mampukah kita menjadi seorang hamaba yang sanggup berkorban harta,masa,tenaga dan segalanya buat Raja segala raja?

Peringatan ini khas buat diri saya yang kerdil dan juga untuk semua.Kita hidup perlu saling ingat-memperingati sesama insan yang sering lupa .Marilah sama-sama kita melaksanakan segala perintah Allah dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan redhaNya.Dan segala apa yang kita lakukan di muka bumi ini akan dihisab di akhirat kelak.Semoga kita dijauhkan daripada azabNya di sana.

3 comments:

  1. tapi...mungkin juga org yg bertakbir tu bernada sayu krn dia menghayati..."serendah2 ukhuwah ialah berlapang dada."
    Hanya melontarkan pendapat...
    Bagus post anda, teruskan!
    ~dari hamba yg perlu diingatkan slalu~

    ReplyDelete
  2. ops ..asif semua yang terasa
    ana lupa ayat nih:
    "serendah2 ukhuwwah ialah bersangka baik"
    (sama juga ngan 9)
    kenelah bersangka baik dgn pentakbir2 melayu kita knape die bertakbir dgn nada sayu..ye x!

    ReplyDelete
  3. Perkara ini mengikut kebiasaan sesuatu tempat. Iyalah, cuba fikir. Tiba-tiba sahaja ada seorang HambaAllah di Malaysia yg bertakbir dgn gaya takbir di Mesir. Mesti semua terkejut.

    ReplyDelete