22 November 2011
2 : Penting
Dongak atas, nampak langit membiru. Tunduk bawah, nampak rumput menghijau.
Hakikatnya, semua makhluk lain disekeliling kita memang sibuk. Sibuk bertasbih memujiNya.
“aku hanya orang biasa, apa sangatlah kesan yang aku boleh bawa. Berbanding dengan mereka ni.”
Kata kata tu mungkin akan terucap oleh mereka-mereka yang hidup dikelilingi manusia-manusia hebat. Manusia-manusia yang berjawatan. Manusia-manusia yang berpengaruh.
Kadang-kadang, jika kita terlalu melihat pada orang yang lebih tinggi daripada kita, kita boleh lupa, yang kita sebenarnya boleh jadi jauh lebih baik dari mereka. Kalau kena caranya.
Lagi-lagi, mereka-mereka ni, takkan boleh jadi hebat tanpa orang biasa.
Satu contoh.
Doktor. Atau lagi specific, Surgeon.
Dalam satu operation yang sangat susah, kalau berjaya, nama head surgeon yang akan naik. Yang akan diangkat. Yang akan disanjung.
Tapi, mana boleh head surgeon tu dapat completekan operation tu dengan jayanya tanpa assistant-assistantnya, ME, Anaesthetic, clinical doctor, scrub nurse dan lain lain.
Sehebat seterer mana pun head surgeon tu, kalau tanpa assistant-assinstant, dia takkan dapat completekan surgery tu.
Walaupun nama kita tak dikenali, apa yang penting adalah kita buat tugas kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setuju seratus peratus ;]
ReplyDeletesebab tulah kita dicipta dengan pelbagai kelebihan masing2 untuk saling-lengkap-melengkapi....
ReplyDelete