Ku mulakan coretan ini dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum pembuka bicara. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Keif hal?. Bagaimanakah cuti kalian.Semoga dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Sudah hampir tamat tahun 2011 ini.Tinggal cuma sebulan lebih sahaja lagi. Apakah yang sudah kita lakukan ?Sudahkah kita menjalankan tugas kita?Fikir-fikirkanlah.Saje saya ingin mengajak kalian, pembaca dan saya untuk berfikir sebentar. Saya sebenarnya ingin membawa tajuk "HAPPY BIRTHDAY" tapi sengaja ingin bikin kaget.
Saya fikir pada post saya kali ini,diri ini ingin mengucapkanLahi "Hepi burfday","Sanah Helwah","Selamat Hari lahir". Siapa yang tidak tertunggu-tunggu birthday sendiri.mungkin ada , tapi cuma segelintir.Saya ingin senaraikan semua ahli saya yang telah dilahirkan pada Bulan November ini.(jadi kepada yang namanya tidak tertulis, mohon jangan terasa.beritahu pada saya. ya!)
Pada 01 November - Sahabatku iaitu Siti Irdhina Sofea.Teruskanlah perjuanganmu wahai sahabat di mana sahaja kamu berada.Semoga Allah mengiringi setiap langkahmu :D
09 November - Sahabatku Farahanis . Jalan menuju ke SyurgaNya memang ditaburi duri-duri.Jadi janganlah kamu tersungkur.Ingatlah bahawa janji Tuhan itu BENAR.
10 November - Guruku yang tercinta Muallimah Rossalwati. Terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan kerna telah mengajarku. "Allah tidak menguji hambanya kecuali sesuai dengan kudratnya".
14 November - Sahabatku Adibah. Semoga dengan meningkatnya umur kita juga terus meningkatlah amal kita.InsyaAllah :)
15 November - Sahabatku Sharifah Damia Husna. Semoga pertalian ukhuwwah yang telah dibina tidakkan putus walau dibadai angin taufan yang kencang. Moga ukhuwwah ini berkekalan hingga ke SyurgaNya.Ameen..
16 November(hari ni!) - Sahabatku Nurul Wafa'. Jikalau kamu lagi bersendirian,bersabarlah kerna Allah ada bersama dengan orang-orang yang sabar :D
17 November - Ukhtii fillah Kak Basyirah(f5). Jawab peperiksaan SPM ini dengan niat yang sebenar.Banggakan nama Islam dengan kejayaan anda. Semoga terus berjaya dalam hidup!
20 November - Sahabatku Hanis . Terima kasih kerna sudi jadi sahabat saya. Ya, "ukhuwwah fillah abadan abada ilal Jannah". Terus sebarkan Islam di muka bumi ini.Allah membantu orang yang membantu untuk sebarkan agamaNya.
- Sahabatku Aisyah Hashim . Semoga kita dipertemukan kembali. Saya rindu kamu. "Ukhuwwah will never die!".
24 November - Ukhtii fillah Kak Husna Salleh . InsyaAllah apa yang kak Husna sampaikan InsyaAllah akan saya laksanakan . Semoga dipermudahkan urusanmu dan ditenangkan fikiranmu supaya mudah untuk menjawab kertas SPM. Moga hari-hari yang dilalui sentiasa mengingat sang Pencipta.
28 November - Sahabatku Putri Shah Adeila. Marilah kita bersama-sama menuju cintaNya. Uhibbuki fillah.
Kepada semua sahabat saya ..uhibbuki fillah..I love you coz Allah . Kata-kata @ ucapan yang saya tulis merupakan hadiah daripada saya. Saya minta maaf kerna tidak dapat memberi hadiah berupa barang-barangan. Maaf juga kepada yang namanya tidak disebut.Semoga kalian semua dilimpahi rahmatNya selalu.
*maaf jika ada kesalahan ejaan pada nama*
Selamat hari lahir juga kpd nama2 yg disebut(dan yg tdk disebut)...Moga Allah m'beri kita kejayaan dunia & akhirat..Ameen...
ReplyDelete