Pages

24 November 2011

4;ever: Penat.

Bismillah..




Penat, tapi gembira kerana untuk Islam.

Hari ini hari ke-4 kem hafazan. Sekejap sahaja masa berlalu. Rasa macam semalam kenal peserta-peserta yang memanggil saya Ustazah. Rasa macam tak layak pula. Mula-mula rasa nak gelak pun ada.

Hari ini sikit lagi saya terlupa untuk meng-update blog ini. Hamdallah, berkesempatan.


***

"Susahlah Ustazah, surah ini panjang."
"Jangan kata susah di hadapan Quran, tidak elok."

***

Macam-macam perasaan ada. Rasa geram kepada adik-adik yang malas hafal.
Rasa kagum kepada mereka yang bersemangat nak hafal.
Rasa nak marah kepada adik-adik yang tak dengar kata.
Rasa nak gelak bila tengok pelbagai ragam budak-budak kecil.

***

Rasanya bond yang diikat dengan Quran nih biasanya lain sikit. Tahun depan jumpa lagi, insyaAllah.

Pergi ke kem dengan tujuan yang satu dan sama, iaitu, hafal Quran.

"Sebaik-baik daripada kamu ialah orang yang mengajar Quran dan mengajarkannya"

1 comment:

  1. Alhamdulillah, moga saya juga berkesempatan menghafal 30 juz al-Quran...InsyaAllah! dan jg dpt menyebarkannya kpd org lain...~minta doakan..~

    ReplyDelete