"Dan barang siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah SWT akan memudahkan atasnya di dunia dan akhirat. Allah, swt sentiasa menolong hamba-nya, selagi hamba itu mahu menolong saudaranya "(HR: Muslim)
Umat Islam adalah umat terbanyak di dunia. Umat Islam diikat dengan ikatan iman. Siapapun dia, darimanapun dia dan bagaimana pun bentuknya, jika seorang Muslim adalah bersaudara. Ikatan iman menjadikan seorang muslim mencintai sesama. Iman begitu besar pengaruhnya dalam keperibadian seorang Muslim.
Allah, swt telah menciptakan semua makhluk-Nya berpasang-pasangan dan bersuku-suku dengan tujuan saling mengenal satu sama lain. Jika sudah kenal maka akan timbul sayang dan jika sudah sayang maka akan membentuk asas yang kukuh. Satu sama lain akan sentiasa membantu dan menolong.
Rangkaian iman adalah rangkaian cinta. Tidak ada yang dapat menandingi rangkaian cinta yang dibentuk oleh iman. Sesama seorang muslim adalah bersaudara. Satu sama lain saling membantu, menolong bahkan memberikan kemudahan.
Hidup di dunia tidaklah sendiri melainkan bersama-sama orang-orang lain dan makhluk lain sehingga perlu adanya interaksi yang baik antara satu sama lain.
Cinta Allah, SWT bukan hanya diberikan kepada para makhluk yang solat, puasa dan haji sahaja melainkan Allah, SWT juga cinta kepada orang yang selalu berbuat kebaikan. Allah, swt suka orang yang selalu berbuat kebaikan, berusaha untuk kebaikan dan berjuang demi kebaikan.
Maka buatlah jalinan persahabatan yang dilandaskan cinta dan kasih sayang sebagai sesama muslim kerana persahabatan juga boleh menjadi ladang dakwah dan amal soleh.
Islam mengajar untuk menghormati, mengharhai, dan memuliakan antara sesama. Menyanyangi sahabat dengan tulus ikhlas adalah sebuah konsep membuat jalinan persahabatan yang berkekalan. Persahabatan yang berkekalan akan menjadi spirit dan motivasi luar biasa dalam menjalani hidup dan kehidupan
5 langkah menjalin persahabatan dengan cinta dalam Islam:
adalah sayangilah sahabat dengan tulus ikhlas semata-mata kerana Allah. Ibaratkan mereka adalah seorang kekasih. Islam mengajar untuk mencintai saudara seperti mencintai dirinya sendiri. Dan ini merupakan tanda salah satu daripada Iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis:
"Tidaklah beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (HR: Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menjelaskan begitu penting peranan kerabat atau sahabat dalam kehidupan. Semua pasti saling memerlukan dan saling mengisi kekurangan serta saling melengkapi antara satu sama lain. Hadis di atas sekaligus merupakan cerminan cinta dan kasih sayang seorang sahabat kepada sahabatnya.
Janganlah membuat suatu persahabatan atas dasar kepentingan selain atas dasar semata-mata kerana Allah
muliakanlah mereka maka mereka akan memulikan kita. Berkata sopan santun, sabar menghadapi, siap melayani, menebar senyum dan ramah adalah konsep memuliakan mereka. Dengan cinta yang tulus maka akan terasa mudah untuk dapat memuliakan seseorang. Jika tidak tulus dan ikhlas maka semua jalinan persahabatan akan terasa terpaksa dan sarat kepentigan. Hal ini juga sesuai dengan firman Allah dalam Al-Qur'an surat Al-Baqarah 2:263: "Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan, Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar
lakukanlah persahabatan dengan mengadakan acara silaturrahim bersama. Silaturrahmi adalah acara saling mengenal antara satu sama lain. Jika tak kenal maka tak sayang, itulah pepatah yang pas dalam persahabatan. Silaturrahmi adalah sebuah momen yang memberikan banyak keuntungan, antaranya adalah memperbanyak rezeki. Jadi, jika ingin rezekinya bertambah, maka buatlah silaturrahmi. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dia dipanjangkan umurnya maka bersilaturrahmilah" (HR. Bukhari)
Tolong menolonglah dalam kebaikan. Susah dan senang bersama dalam bersahabat adalah kunci utama dalam menjalin suatu persahabatan. Sahabat yang baik akan selalu mengingatkan jika sahabat yang lain berbuat suatu kesalahan dan kealpaan. Kawan menangis susah dicari, kawan ketawa berserakan, maka jalinlah persahabatan seperti dua bersaudara lillahi ta'ala.
"Dan tolong menolong kamu dalam kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "(Surah Al-Maa'idah, 5:2)
Mempermudah urusan sahabat. Sesama muslim adalah bersaudara. Allah, SWT sebagai Pencipta akan selalu membalas sesiapa sahaja musli yang membantu sahabatnya sesame muslim. Inilah yang selalu menjaga para muslimin untuk menjadi sebuah bangunan yang kuat, saling berkaitan antara satu sama lain sebagaimana hadis berikut:
"Orang Islam adalah saudara orang Islam yang lain. Tak patut ia menganiaya dan menghinanya. Barang siapa menolong keperluan saudaranya, Allah, SWT sentiasa menolong keperluannya. Dan barang siapa membuka suatu kesusahan dari seorang muslim, Allah SWT akan membukakan daripadanya satu daripada beberapa kesusahan kelak di hari kiamat "(HR: Muttafaq 'alaih)
ana rasa l.o.l. (lots of love) tu ayat ana...bukan anti punya (laughs of loud kot) ke?
ReplyDeletetp apa2 pun terima kasih atas pengisian yg diberi.. moga kita saling lengkap-melengkapi..InsyaAllah!
ye... ana tulis sbb ana ingat kt nti lah 9... terime kasih... ana akan ingat smpai bile2, 9... ^-^
ReplyDeleteyuk sama2 kita buat tips2 yang diberi.
ReplyDeletesemoga semua mendaoat manfaat.