4.00 petang .
Tadi, buat kerja dengan seorang ini. rasa macam lamaaaa je kerja tu nak habis. huh. Naik bukit. Turun bukit. Kadang-kadang hujan, lepas tu gerimis pula. lepas tu tersilap, buat pula semula.
eh. ini merungut namanya :D
hamduLillah. ya Tuhan, terima kasih atas segala tragedi yang menimpa tadi. Ada hikmah, InsyaAllah.
Ada satu kata-kata daripada seorang ukhti ini, kehidupan itu ujian. Ujian itu kehidupan. Jadi, kehidupan=ujian. heh. memang dah sebati dah dua-dua itu.
Ujian mungkin sekali, kita tak dapat nak update blog, sebab masa lapang kita memang dah padat dengan kerja. atau, kita tak suka cara orang lain memberi layanan pada diri kita. atau, kerja yang kita lakukan tiba-tiba tergendala. atau, internet dah memang tak boleh nak access. atau, tiba-tiba kita dah terdelete video yang dah dibuat dengan susah payah-huuuuu :( .
dan banyak lagi.
tak ke, tu maknanya kita patut belajar dalam kehidupan ini melalui ujian yang kita lalui ?
dan tak ke, tu maknanya, Allah sayang kitaa :]
Maka, lapangkanlah hati. Kerana itu lebih mudah tuk lalui segala .
jadikan hati sebesar kolam. bukan sebesar cawan. sebab, ruang dalam kolam tu lagi lapang :D
Allahu'alam.
buat kerja apa sampai naik bukit turun bukit??
ReplyDeleteinsyaallah saya akan jadikan hati saya lebih besar dr cawan & kolam...mungkin laut ke ataupun seluas bumi...Ameen...doakn saya yek? saya juga akn doakn kalian~
buat video .
ReplyDeleteamen3 (;