Pages

6 December 2011

6: MK!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah segala pujian hanya untukNya, Tuhan sekalian kerana dapat post pada tarikh yang patut saya post. Hampir terlupa juga kerna menjalani kehidupan harian yang kini padat dengan siang harinya ke kem (macam pergi sekolah la kira) .


Ditambah pula dengan aktiviti yang dijalankan bersama-sama adik-adik tingkatan satu.hampir seminggu sekali dijalankan dan lain-lain aktiviti. Sebenarnya tarikh post seterusnya amatlah saya tunggu-tunggu kerna ingin berkongsi,tetapi pada post kali ini saya tidak tahu ingin berkongsi tentang apa!

Lalu saya ambil keputusan pada post kali ini terasa ingin berkongsi dengan kalian tentang aktiviti ketika di Kem Herba,Sungai Congkak, Hulu Langat .Semoga mendapat ibrah(pengajaran) daripada apa yang saya kongsikan . Perkara yang baik boleh boleh dijadikan sebagai tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Alhamdulillah pada 25 November - 27 November lalu saya telah selesai mengikuti program sekolah bersama-sama beberapa sahabat yang lain(tingkatan tiga dan empat) . Walaupun penat tetapi terasa sangat seronok . Bagi saya mukhayyam(perkhemahan) kali ini sangat berlainan kerna hampir merangkumi semua aspek muwassafat tarbiyyah yang sepuluh itu ,saya fikir. 'Kekuatan jasmani' dengan mengadakan jungle trekking, games.Kakak fasi sentiasa mengingatkan kami supaya 'Menepati masa' dan mengingatkan seorang Muslim itu haruslah cekap tentang pengurusan masa.Oleh itu semua yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Sikap 'Bermanfaat pada orang lain' juga dapat dipupuk .Sewaktu dalam mukhayyam atau di mana sahaja kita perlu saling tolong-menolong.Baharulah masyarakat aman sejahtera kerna ada sikap prihatin dengan keadaan sekeliling.


Dalam mk(mukayyam khoriji) kali ini seimbang pada pandangan saya. Aktiviti untuk jasmani ada,akal ada dan rohani juga ada. Jadi bila mendengar ceramah atau tazkirah(peringatan) yang disampaikan kita perlu 'Melawan Hawa Nafsu' kita.Pastinya rasa mengantuk akan datang setelah penat atau letih sepanjang mengikuti mk. Kita perlu berperang untuk tidak membazirkan masa yang ada .

Saya rasa sungguh gembira dapat menghadiri mk ini. Setiap aktiviti pasti ada ibrahnya. Setiap games yang dijalankan akan ada ibrah yang dapat diambil.Antaranya ; kita perlu kreatif dalam menyampaikan arahan kepada rakan yang di'buta'kan.Di sini menunjukkan kita perlu kreatif dalam menyebarkan da'wah Islam. Selain itu, kerjasama dalam kumpulan amat penting.Jika ini dapat dilaksanakan ,InsyaAllah suatu hari nanti akan terbentuklah masyarakat Islam yang sangat hebat membawa nama Islam ke seantero dunia .Dengan ini hukum Islam yang disuruh Allah akan tertegak di bumi ini(cita-cita besar).


Jadi marilah kita bersama-sama menjadi salah satu agen Islam dengan membaikkan diri kita terlebih dahulu supaya masyarakat Islam dapat dibina dengan adanya kita .Amalkan semua sunnah yang diajar oleh Baginda. InsyaAllah banyak manfaat yang dapat diperolehi .

#jika ada kesalahan mohon diperbetulkan dan komen yang membina amatlah diharapkan. Jika saya lalai mohon dikejutkan dan tariklah saya supaya kembali kepada jalanNya.

2 comments:

  1. bismillah wa assalamualaikum.kaif halukum?hope in good kondisi :)

    x best la .tpi ttp patut b'syukur :)
    cube tgk turut.an no. die..6(emergency)>4>6 blik
    kn dh gaye mcm saye je yg aktif.sedeynya.mcm dh x hidup je blog nih.jom bangkit dri tidur kalian untk menulis post.:)

    x slhkn kalian.mungkin juga ada hikmahnye.asif kpd yg terasa dn yg tidak terasa!ceria2 slalu

    ReplyDelete
  2. insyaallah...
    saya akan coba aktif selalu..
    dan akan coba untuk post...
    idea..where are you..???
    susah no nak dpt idea untuk post..

    ReplyDelete