Pages

14 December 2011

4;ever; Mereka.

Bismillah...

Tadi, di kem hafazan.

11.30 a.m [waktu yang kebiasannya, anak-anak didik saya dah mula mengantuk, dan malas menghafal]

'Okeyh, semua ambil quran tafsir...'kata saya.

Selepas  quran tafsir ada di tangan masing-masing dan mereka pun buat bulatan.

'Tahu tak ayat yang menyuruh kita tutp aurat?.'
'Tak!'masing-masing menggeleng.

'Okeyh, cuba baca ayat 31 daripada surah An-Nur.'

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka 


(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka 


memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka 


menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan


 perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka


 atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi 


saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau 


perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang 


telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi 


tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa


 yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-


orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

[24:31]


'Ustazah, apa maksud 'yang zahir daripadanya?'tanya Umairah.
'Maksudnya, apa yang biasa kita perlihatkan. Iaitu muka dan tapak tangan.'

'Kaki itu termasuk dalam aurat lah kiranya?.'tanya yang lain.
'Yup.' Saya mengangguk.

'Dalam Surah An-Nur ayat 31 ni, apa lagi perintah yang Allah suruh kita lakukan?.'
'Tundukkan pandangan...'

'Pelihara kehormatan...'
'Pakai tudung hingga ke bawah dada...'

'Jangan hentak kaki kalau berjalan...'
'Bertaubatlah kepada Allah....'


'Apa pula dalil Allah wajibkan kita berpuasa pada bulan Ramadhan..?'
'Tak tahu....'

'Buka Surah Al-Baqarah ayat 183..'

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
[2:183]


Cari 'ibrah..sila-sila..;]

No comments:

Post a Comment