Pages

17 December 2011

6: Berlari

laailahaillallah waannamuhammadarrasulullah..

Assalamualaikum semua..pastinya kalian ternanti-nanti post daripada saya kan.eheh!.





Jujurnya saya katakan saya tidak ada idea ingin tulis..... tapi kerana sebuah janji yang sudah disepakati saya terpaksa memerah juga otak saya ini untuk cari apakah yang ingin dikongsikan .sudah merepak daa


Sengaja saya memilih tajuk 'berlari' kerana post terbaru daripada 1: Jalanan . Lebih kurang seperti berjalan . Jadi setelah berjalan kita akan mula belajar untuk berlari pula . Jika seseorang itu sudah mula belajar berlari dan sudah pandai untuk berlari maka ertinya dia sudah semakin dewasa dan akan terus ke tua .

Ini merupakan perjalanan hidup kita sebagai seorang manusia . Memang menjadi sunnatullah(ketetapan Allah) . Kita mestilah patuh akan apa yang telah disusun cantik olehNya untuk kita . Jika kita melakukan semua perkara mengikut aturanNya, maka dunia ini akan sentiasa cantik kerana semua hidupan di dalamnya hidup dalam keadaan yang aman lagi damai . Tiada pertumpahan darah , pergaduhan sesama saudara , flora dan fauna dapat hidup dengan selesa  dan pelbagai lagi perkara yang cantik akan terhasil . Tetapi jika hidup hanya penuh dengan orang yang tiada ragam yang banyak , maka apakah seorang daie itu perlu lakukan ? kerana tiada lagi yang perlu diseru . Semuanya sudah pulih . Ya kan?

Tapi itu cumalah mimpi yang sukar sekali untuk direalisasikan . Dunia sekarang semakin hancur . Maka kita memerlukan seorang daie yang berkualiti . Saya sebenarnya ingin mengajak sahabat sekalian supaya sedar bahawa dunia sekarang memerlukan kita . Sedarlah bahawa tarbiyyah islamiyyah itu penting .opps!tidak mahu kupas banyak tentang ini. 


Kita semakin melangkah ke dunia yang lebih dewasa daripada zaman kanak-kanak , remaja . Jadi marilah kita fikirkan apa yang telah kita rancang untuk adik-adik kita dan yang akan mencorak dunia akan datang adalah KITA ! . Ayuh kita berfikir mula dari sekarang .

#sebenarnya saya ingin mengajak sahabat sekalian merancang tentang masa depan . Walaupun bunyinya agak berat untuk dilaksanakan tetapi itu merupakan tanggunggjawab . Jikalau bukan kita yang melakukan, siapa lagi? Ingat tanggunggjawab kita adalah mengajak orang lain ke jalanNya bukan menghukum mereka . Itu bukan kerja kita!

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


*sebarang komentar dan saranan serta nasihat amatlah diperlukan .

No comments:

Post a Comment