Pages

6 February 2012

e.p: 5_sunnah nabi kita..

as salam..
e.p stand for 'emergency post'..
dgn semangat rakan sekalian meng'post',saya bru teringt yg saya belom post..

saya ada terbaca 1 blog ni,
cerita ttg 7 sunnah nabi...  kalau boleh kita cuba 'maintain'kan..



Pertama: tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 


Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari:
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 


Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh:
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 


Keempat: jaga solat dhuha:
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 


Kelima: jaga sedekah setiap hari:
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 


Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu:
 Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 


Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat:
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.  

mari kita sama2 amalkan sunnah nabi yg 7 ini,
semoga dgn mengamalkan sunnah ini..
kita dpt lebih dekat dgn pencipta kita..
 wallahu'alam... 


 

2 comments:

  1. InsyaAllah I will try to 'maintain' these 7 sunnahs...

    I love Allah n Rasulullah...

    ReplyDelete
  2. chaiyok everybody..!!!

    ReplyDelete