~Allahumma solli ala Muhammad~
********************************
Kelihatan Khairul sedang bersiap-siap untuk keluar "Mahu ke mana ?", tanya Badzli kepada Khairul. "Erm...mahu ke masjid.Jumpa Zakwan".Memang dia ingin pergi ke masjid dan berjumpa dengan Zakwan.Dia ingin memastikan sesuatu perkara.Dia terpaksa untuk menipu rakan baiknya mengenai niatnya yang itu.."Aku sudah agak.Kau pasti sudah terpedaya dengan sikap baik Zakwan .Betul bukan?",tanya Badzli marah. "Aku mahu tunjukkan gambar-gambar ini kepada Zakwan.Biar persahabatannya dengan Irham hancur".Kelihatan Badzli gembira dengan jawapan yang diberi oleh Khaiul.Lalu dengan segera Khairul meninggalkan rumahnya untuk segera tiba ke masjid. Kedengaran iqamat sudah dilaungkan .Dia mempercepatkan langkahnya.Terkejut Zakwan apabila menerima mesej daripada Khairul. Selama ini tidak pernah pula dia rapat dengan Khairul .Jadi mengapa tiba-tiba diajak untuk berjumpa dengannya setelah solat maghrib?Aneh!...Selesai solat ,Zakwan menunaikan solat sunat rawatib selepas solat maghrib.Dan berdoa seperti kebiasaannya.Setelah itu baharulah dia keluar dari masjid. Kelihatan Khairul berdiri di hadapan pintu masuk masjid.
"Kenapa lambat hah?"."Oh..selepas solat tadi, aku solat sunat ,zikir,baca doa sikit .Seperti yang biasa aku buat. Hah ada apa kau mahu berjumpa dengan aku?"."Mari sini".Ditariknya Zakwan ke tempat yang agak tersembunyi.Dia mengeluarkan sekeping sampul yang berwarna putih itu dari belakang tubuhnya .Lalu menghulurkannya kepada Zakwan."Apa pula ini?Tebalnya isi",kata Zakwan sambil membuka isi sampul surat itu.
Didapati ada berpuluh-puluh keping gambar Irham dan Afeena .Gambar menunjukkan yang Irham tidak menjaga hubungan diantara lelaki dan perempuan atau dipanggil ikhtilat.
'Apa ini?'Betulkah ini Irham yang sebenar ',monolog Zakwan. Dia mengingati semula sepanjang pershabatannya dengan Irham .Zakwan dan Irham merupakan kawan baik sejak mereka berusia 13 tahun lagi. Dia sangat mengenali peribadi Irham ."Jadi apa pendapat engkau setelah melihat gambar Irham, kawan baik kau bersama dengan orang yang kau sayang ini?".Suasana senyap seketika . Zakwan mengambil sedikit masa untuk merasionalkan fikirannya. Hatinya bagai ditoreh-toreh . Tetapi dia tiada apa-apa hubungan dengan Afeena yang kini merupakan tunangnya Irham .'Mungkin Irham mempunyai alasan yang kukuh mengenai hal ini. Aku patut mempercayai Irham . Aku sudah mengenali siapa Irham .",monolog Zakwan.
"Hah!mengapa diam.Jawab lah. Apa perasaan kau apabila melihat gambar ini?",tanya Khairul lagi."Kau tahu.....serendah-rendah ukhuwwah ialah bersangka baik dan berlapang dada ",jawab Zakwan dengan tenang dan memulangkan gambar itu kepada Khairul ."Kau telah salah memilih orang ",katanya lagi sambil menepuk-nepuk bahu Khairul dan terus berlalu dari situ.
Khairul terpana.Dia kagum terhadap Zakwan yang meletakkan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap Irham .Memang gambar yang ditunjukkan kepada Zakwan tadi bukanlah yang sebenar. Gambar itu telah di 'edit' .Daripada apa yang diperhatikan dalam hidup Irham,Irham sangat menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.Kalau bercakap tidak memanjang-manjangkan bicara . " Ya..mereka lah orang yang patut aku ikuti",kata Khairul yakin .
~cerita tamat ~
*kisah di atas tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah mati.segala salah dan silap amatlah dikesali.mohon maaf semua.cerita diolah sedikit dan di'tambah tolak beberapa hal -diambil daripada novel sinergi tulisan Hilal Asyraf-
p/s: Apa yang saya ingin kongsikan adalah sentiasa bersangka baik kepada sahabat-sahabat kamu.Letakkan kepercayaan yang tinggi kepada mereka .Jangan percaya bulat-bulat berita yang diterima sebelum memastikannya terlebih dahulu .Sama-samalh kita saling bersangka baik supaya hidup jau daripada prasangka yang salah dan masalah berlakunya salah faham dapat dielakkan.
***************************
~Allahumma solli ala Muhammad~
asif shbt..lupa plk nk tulis tajuk
ReplyDeletetajuknye :sinergi no.2 versi ana!
6 nih...jgn la letak tajuk sinergi...buat la yg sndiri punya...
ReplyDeleteapepun good effort, my friend!!
ye laa..9
ReplyDeleteana tukar
tajuk :"Serendah2 ukhuwwah is..."
haa!ok x?mau kasi curious sket kt org yg bru nk bce..hehe :)