Pages

14 February 2012

4;ever; Pastikan Quran sentiasa di hati. :D

Bismillahirrahmanirrahim..



Quran,
Ayat-ayat cinta Allah.
Kalam Allah.
Ketenangan jiwa.
Melembutkan hati yang keras.

Quran,
Teman karib kita di tiga alam,
Alam dunia,
Alam kubur,
Dan alam akhirat.

Semestinya, quran perlu dibaca bukan hanya sekadar waktu lapang. Kita perlu mencari masa lapang untuk membacanya. :D


****


Minggu lepas, dua orang anak sedara saya datang.
Lepas dah main-main, tetiba yang si abang ini ambil qiraati dan baca aa,ba,ta.
Si adik ini, bila melihat si abang mengaji, terus dia ambil quran, duduk sebelah si abang,buka quran dan bacalah al-fatihah versi bahasa pelat kanak-kanak.


Di sini, bukanlah mahu ditekankan tentang si adik yg lebih 'advance' berbanding si abang, kerana si adik membaca fatihah sedangkan si abang membaca alif,ba,ta.

Tetapi, apa yang mahu dikongsi bersama adalah, ajar kanak-kanak mengenali al-quran sejak daripada kecil.
Bentuk mereka supaya lazim dan cinta kepada quran.

InsyaAllah.
Mari bersama-sama yuk! ;)

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.

[07:02]

1 comment:

  1. btui2..ajar ank2 Al-Quran sejak dri kecil
    "melentur buluh biarlah dari rebungnya"
    mcm syeikh Mahmoud Ezzat ckp hri tuh:
    "tarbiyyah perlu bermula sejak dari kecil lagi"

    ReplyDelete