Jam 0540
"Ukhti...ukhti bangun sudah masuk waktu subuh",kejut Ummiku sambil menggoncang-goncang tubuhku.
Saya terus terjaga daripada tidur."Alamak,terlepas lagi ingin bangun solat malam!",sungut saya dalam hati.Tetapi apa yang berlaku setelah itu..seperti mana insan lain saya menyambung tidur saya.Syaitan bersorak kerana telah berjaya membuatkan saya dan insan lain mendahulukan tidur berbanding solat.
Jam 0610
"Ukhti bangun solat subuh",panggil adikku.Lalu ku gagahkan diri supay kali ini syaitan tidak mungkin menang lagi.Ye.Saya berjaya.Setelah ambil air wudhu',saya dan keluarga saya menunaikan solat fardhu subuh.
Jam 0815
Saya sedang bersiap untuk pergi ke Ekspo Buku Islam bersama dengan Widad,Aisha,ibu serta bapanya.Kami sudah berjanji untuk berkumpul di stesen komuter UKM.
"Umi jom ukhti sudah siap.Bolehlah kita bertolak sekarang",kataku kepada Ummiku.
Jam 1020
Kami tiba di KL Sentral.
"Eh,di mana terletaknya ekspo buku tersebut",Widad bertanya kepada Aisha.
"Entah.Kita jalan ke depan sana ,mungkin di situ.Mari",kata Aisha kepada kami.Setelah tiba di situ,saya terus rambang mata untuk memilih buku mana yang akan dibeli.Rasanya ingin membeli semua buku yang ada di situ.Tapi apakan daya..duit tidak mencukupi lagipun kita kena berjimat cermat.Jangan boros kerana ia merupakan amalan syaitan.Membeli ikut kemampuan kita.
"Hmm..mana Yusra.Katanya mahu datang bersama abangnya bukan?",tanya saya kepada Aisha."Entahlah.Mungkin beberapa minit lagi sampailah.Kamu jangan risau sangat",katanya bersangka baik.
Ekspo ini dikatakan seronok oleh saya disebabkan adanya orang yang membelanja kami(identiti orang tersebut dirahsiakan)walaupun tidak banyak pilihan buku yang menarik dan tempatnya juga tidaklah sebesar di Pesta Buku Antarabangsa diadakan .Dan disebabkan tidak terlalu ramai orang yang hadir..kami tidak perlu berebut-rebut untuk mendapatkan buku pilihan kami.
Jam 1200
Setelah selesai membeli,kami singgah di restoran(tetapi tidak besar) boleh juga dikatakan sebagai kedai makanan yang hanya bersaiz kecil untuk makan sarapan(ek..bukan masa sarapan dah habis?).Aisha,Widad dan saya memesan nasi lemak bungkus dan air milo ais.Setelah itu,Widad ke kedai sebelah untuk membeli gula-gula untuk adik-adiknya.
Jam 1220
Keretapi sudah tiba untuk perjalanan pulang."Mana Yusra ni?",tanyaku lagi."Mungkin dia ada hal lain yang sangat mustahak.Jadi tidak dapat datang ke ekspo buku ni.Lagipun esok lusa ada masa lagi untuk dia pergi ke sana ",jawab Aisha yang kebetulannya berdiri di sebelahku lalu terdengar pertanyaanku tadi."Ya mungkin",kataku dalam hati.
Jam 1310
Saya turun di Serdang.Manakala sahabat yang lain meneruskan perjalanan ke stesen ktm UKM.Terpaksa jalan sendirian.Walaupun hari ini hari cuti,tetapi ada juga beberapa orang wanita yang ada di stesen bas.Bolehlah saya tunggu Ummi saya bersama-sama mereka.Tidaklah takut sangat.Beberapa minit kemudian ummi saya sampai.
#Sudah sampai di rumah,hujan turun renyai-renyai.Saya berlari masuk ke dalam rumah dan terus naik ke atas(ni kes nak sorok buku-tapi tidak mungkin).Jadi saya keluarkan buku-buku yang telah dibeli.Setelah dikira-kira ,ada enam buah buku yang telah saya beli.Mampu ke saya nak baca?#
;Harap maaf atas segala kesilapan type or bahasa.Diharap kalian yang membaca ambil apa yang baik dan tinggalkan segala yang buruk,;
No comments:
Post a Comment