COUPLE ISLAMIK....apa 2??
jom baca kisah ni..kot2 paham....
IN THE NAME OF GOD, THE MOST GRACIOUS, MOST WONDERFUL~
Kisahnya mengenai 3 orang, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah kalau nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah.
Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umat mereka ber'couple'. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap nieh. Bukan itu sahaja, Safura kene pakai tudung labuh, Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan. Mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! Kan islamik punya couple tu?
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan betemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here?", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi islamic way", jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat nie??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku... mana ada. Jadi time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak islamkan babi itu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkiah kat babi tu. Asal dia berak, aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu selama dua tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah! Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi. Lepas tu, aku pun masak la Bakut Teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka lak cam lapar je. Aku pun ajaklah dia makan. "Uztaz!! Jom makan babi Islam nih." Ustaz itu pun sambil tersenyum berkata: "Babi itu tetap haram walaubagaimanapun awak menjaganya, kerana ALLAH sendiri telah mengharamkannya. Hatta walaupun virus merbahaya di babi itu telah mampu dimusnahkan oleh teknologi canggih, babi itu TETAP HARAM."
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu HARAM, ia TETAP HARAM. Yang HALAL itu JELAS dan yang HARAM itu JELAS seperti di dalam Hadith Nabi :
An-Nu'man bin Basyir berkata: Saya mendengar Rasulullah S.AW. bersabda, "Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara kedua-duanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhah / samar / tidak jelas hukumnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti pengembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging tiu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah bahwa ia adalah hati." (Hadith Riwayat Bukhari)
P/S : Yang HARAM tetap HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya... Peringatan khas buat diri ana TERUTAMANYA... Wallahualam...Sorilah, maybe ade yang dah dengar cerita ini... 3 dah kehabisan idea nak tulis ape, hanya ini yang termampu... sekian... salamun'alayk~