..Islam is the complete way of life..
..Islam agama yang syumul, lengkap, menyeluruh..
..Islam the perfect religion..
Macam-macam tentang Islam. Islam itu, Islam begini.
Tetapi hakikatnya...
Islam itu di mana?
Saya ada terdengar di radio IKIM.fm, di mana dalam satu segmen khas yang di panggil segmen Islam Agamaku. Rancangan itu merupakan perkongsian cerita daripada saudara-saudara baru yang memeluk Islam.
Tetamu khas yang dijemput pada waktu itu merupakan seorang yang berbangsa Cina. Dipendekkan cerita, setelah beliau memluk Islam, beliau pun mula belajar mengenai Islam dengan lebih mendalam.Mengaji pondok, dan sebagainya. Setelah lama menuntut ilmu, beliau pun keluar mahu melihat Islam.
Beliau agak terkejut, kerana tidak nampak Islam itu seperti mana yang beliau belajar.
Beliau bertanya, di mana Islam?, saya tidak nampak.
Lantas, seorang Ustaz memberitahu, Islam sekarang ini sudah tidak ada pada diri orang Islam itu sendiri. Islam hanya pada nama, tetapi tidak amal.
****
Ya,itulah hakikatnya.
Jika pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, jika ada yang bertanya 'di manakah Islam?.' para sahabat akan tunjuk ke arah diri mereka.!
Ya, Islam itu sendiri ada pada diri para sahabat.
Tetapi sekarang, lihatlah. Bagaimana mahu menjawab soalan 'di manakah Islam?.'
Adakah Islam hanya di masjid?.
Atau hanya di surau?
Ataupun hanya pada Ustaz dan Ustazah sahaja?.
Sama sekali tidak.
Islam di mana-mana sahaja, kerana Islam itu perlu ada dalam diri kita.Ke mana sahaja kita berjalan di atas muka bumi Allah, ke situ juglah kita membawa Islam itu bersama-sama.
Sebagai contoh. Islam mengajar kita menjaga kebersihan. Jadi, ke mana sahaja kita pergi, kita mesti menjaga kebersihan. Tunjukkan imej Islam itu sendiri.
Sebagai peringatan. Apa yang saya tulis ini adalah untuk diri saya yang terutamanya,kerana jika saya tidak melakukan apa yang saya tulis ini, saya akan disoal di akhirat. Ayuh! Sama-sama ingt mengingati.
Wazakkir fainnaz zikra tanfa'ul mu'minin..
Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatn itu bermanfaat bagi orang yang beriman..
****
Ayuh! mari bersama-sama kita semua berusaha meletakkan Islam pada diri kita.
Wallahu'alam.Allah mengetahui segalanya. Allah mengetahui yang terbaik. Segalanya terletak dalam genggamannya.
"Saya akan tanamkan ISLAM dlm diri saya!"..InsyaAllah...& akan cuba mengajak yg lain...
ReplyDelete