Semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.Ameen
Pada 20 Nov 2011(Selasa)-22 Nov 2011(Khamis) ,saya menyertai sebuah camping bawah anjuran IKRAMTeens. Nama camping ni Xpedisi REmaja Kental(XREK) . Camping ni hanya untuk pelajar lepasan PMR dari seluruh Malaysia. Kami yang hadir pada kali ini merupakan jenerasi yang ke-7.Wah seronok sekali sebab dapat menyertainya. Banyak perkara baik yang dapat diambil.
Ketiga kami sampai di tempat camping,kami diarahkan untuk pergi ke dewan yang terletak nun di atas bukit sana.(eh tidak lah bukit sangat .tapi untuk tiba di situ perlu mendakis sedikit ). Mula-mula penatnya tidak terasa tetape setelah berulang kali turun dan naik terasa juga kelelahannya.Dewan itu merupakan tempat untuk kami solat, mendengar ceramah, penerangan tentang aktiviti dan lain-lain .
Pada malam hari pertama kami di situ,kami berkumpul di dewan itu untuk mendengar ceramah. Ceramah dimulakan setelah selesai solat Isya' secara berjemaah. Tajuk ceramahnya ialah "Kenapa Perlu Usrah?".
Ceramah tersebut dimulakan dengan sebuah kisah.Ayuh baca kisah ini!
Di sebuah tempat ada seorang kaya yang mempunyai seorang anak perempuan yang sudah layak untuk dinikahkan . Akan tetapi,malangnya anaknya itu belum juga berpunya. Lalu si kaya mengadakan sebuah majlis makan-makan dan menjemput ramai orang ke majlis itu. Di pertengahan majlis itu, si kaya berucap:
"Wahai para tetamu sekalian,saya menjemput kalian untuk hadir ke majlis ini dengan tujuan untuk mencari pemuda yang layak untuk dinikahkan dengan anak gadis saya ini. Pemuda yang saya inginkan adalah yang sanggup untuk merentas sungai di belakang kalian," kata si kaya. Di dalam sungai tersebut ada ular,buaya,duri dan pelbagai lagi cabaran yang perlu dilepasi untuk tiba di penghujungnya.
Tetapi tiada seorang pemuda pun yang sanggup untuk merentasi sungai tersebut.Lalu si kaya membuat tawaran tambahan selain dapat berkahwin dengan anaknya. Tawaran pertama ialah,sesiapa yang berjaya dapat mewarisi seluruh harta kepunyaan si kaya.Tawaran kedua pula, seluruh tanah milik si kaya menjadi miliknya.
"Manakala tawaran ketiga pula ialah....,"belum sempat si kaya menghabiskan kata-katanya,kedengaran seseorang telah terjun ke dalam sungai. Semua yang hadir melihat ke arah pemuda yang sedang merntasi sungai itu.Dilihatnya pemuda itu sedang bergelut dengan buaya tetapi akhirnya dapat juga dia melepaskan diri. Kemudian ular membelitnya tetapi dia tetap dapat membebaskan dirinya daripada menjadi mangsa ular ini.
Duri-duri yang ada dalam sungai turut dapat diatasi pemuda itu.Cabaran demi cabaran dapat diatasi oleh pemuda itu.Akhirnya dia dapat tiba ke penghujung sungai dengan selamat.Lalu si kaya segera datang ke arah pemuda itu dan berkata
"Hebat sungguh kamu ,wahai pemuda. Siapakah namamu?mengapakah kamu terjun sebelum sempat saya memberitahu tawaran yang ketiga?,"
Soalan si kaya hanya di jawab dengan gelengan daripada pemuda tersebut .Pemuda itu lalu berkata:
"Saya tidak mahu semua tawaran pak cik.Tetapi apa yang saya ingin tahu adalah siapa yang telah menolak saya ke dalam sungai itu?,"tanya pemuda itu dengan marahnya.
cerita tamat di situ.
Apa kaitan kisah di atas dengan usrah.Dapat saya simpulkan di sini bahawa apabila kita berada dalam keadaan yang terdesak atau susah,kita mesti menyelamatkan diri kita.Sepertimana hidup di dunia ini yang banyak cabarannya, kita mesti menyelamatkan diri untuk barada dalam keadaan yang selamat. Cara untuk selamat ialah dengan menyertai usrah.Dengan adanya Usrah ia dapat melindungi kita daripada terus hanyut dengan dunia luar. Kita akan terselamat, InsyaAllah.
Banyak lagi pengajaran yang dapat diambil. Perkara yang baik harap dapat dijadikan panduan.Yang buruk abaikan.Segala ayat yang terlakar jika salah harap maaf. Segala komen yang membina amatlah diharapkan daripada kalian. Sekian,wassalamualaikum.
*cerita di atas telah diringkaskan sedikit dan diubah sedikit jalan penceritaannya *
secara logiknya..
ReplyDeletesiapa yg tolak si pemuda tu ke dlm sungai?
secara logiknya..
ReplyDeletepemuda itu ditolak oleh salah seorang daripada para tetamu yang hadir...
baguslah 6 post cerita ni, ~saya dah lupa!...
terima kasih!
7:mungkin ada someone yg tolak
ReplyDeleteslh seorang drpd org yg hadir majlis tuh
bak kata 9
9:afwan...kita kene saling ingat-mengingati sesama insan :)
ever: syukran kpd yg tlg ltk gambo.moga Allah membls jasamu !JASAMU DIKENANG