Pages

19 December 2011

9: aKu aDaLaH ...


P.E.M.I.M.P.I.N


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (2:30)

Aku adalah PEMIMPIN. Aku adalah KHALIFAH. Akulah yang perlu dibentuk dan membentuk. Akulah nila yang apabila diletakkan ke dalam air, akan mewarnai persekitaran. Akulah yang akan memberi IMPAK pada orang lain dengan ISLAM. Ya! Aku orangnya!

Sebutlah kata2 di atas apabila anda membacanya. Ulanglah bebanyak kali untuk mengingatkan diri bahawa kita adalah PEMIMPIN kepada umat manusia termasuk diri kita sendiri...
Mulalah MEMIMPIN bermula dengan memimpin diri sendiri, dan seterusnya orang lain...


'Umar Al-Khattab: "Aku mengimpikan negeri2 ini dipenuhi rijal2 seperti:~
> Abu 'Ubaidah Al-Jarah (pemegang rahsia & orang yg paling dipercayai)
> Mu'az bin Jabal (antara orang yg mengumpulkan al-Quran & seorg cendekiawan)
> Salim, hamba kepada Abu Huzaifah (seorg yg m'punyai taqwa yang tinggi)
Lalu aku meminta pertolongan dari mereka utk meninggikn kalimah Allah"

Sedikit 'ibrah. Walaupun ketiga2 rijal tersebut berbeza latar belakang, namun 'it doesn't matter', apa yang penting , 'POLISH' diri sendiri untuk menjadi orang yang hebat yakni orang yg akan MENINGGIKAN KALIMAH ALLAH DI ATAS MUKA BUMI INI...sediakah anda? (Cakap: "Saya SEDIA!!!)


Ingatlah! Seluruh umat manusia menunggu kehadiran kita !

1 comment:

  1. >9: Syukran atas peringatan kembali yg sgt semangat ! saya suka ^^.bersemangat blik..

    ReplyDelete