sollu alal habib ^_^
(perkataan 'egentpo'' di atas bermaksud emergency post...sengaja letak nama seperti agent .sedap sikit bunyinya.eheh!)ok,yuk kita baca cerita yang saya ingin kongsi ini..
-1 paket tepung
-2 biji telur
-1 sudu kecil garam
-7 sudu besar gula
-2 sudu besar mauripan
-2 gelas air suam (1 sejuk+1 panas)
-6-7 sudu besar marjerin (dimasak)
"Umi hendak masak apa ini?",tanya Irfan."Umi hendak masak kuih donat.Kuih kegemaran Irfan.Irfan suka?".."Suka ...suka.Boleh Irfan bantu umi?.Ringan sikit kerja umi apabila dibantu oleh superhero yang hebat ini",puji Irfan.Masuk bakul angkat sendiri .Tersengih umi dibuatnya."Boleh.Tiada masalah.Tapi Irfan mesti janji kepada umi untuk tidak main-main.Umi tidak suka bermain di dapur.Kerja juga akan lebih cepat siap",pesan umi.Irfan menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan syarat ibunya.
Mula-mula Umi memasukkan air suam ke dalam bekas .Kemudian masukkan mauripan . Garam dan gula pula dimasukkan. Sambil itu,Irfan mengacau perlahan adunan itu. Seterusnya,umi ketuk telur dan masukkan ke dalam adunan tadi."Irfan ..beri Umi tepung itu",arah Umi.Irfan mengambilnya dan memasukkan sikit demi sedikit mengikut arahan Uminya.'sikit sikit lama lama menjadi bukit',fikir Irfan ."Stop!",Umi menjerit perlahan tiba-tiba.Terkejut Irfna dibuatnya."Hah!kenapa Umi?".Umi ketawa sahaja."Sengaja Umi ingin menyakat kamu.Lagipun kan umi suruh masukkan sikit-sikit.Umi sudah suruh berhenti tadi tapi kamu tidak berhenti berhenti.Khusyu' sangat buatnya.".Irfan memasamkan mukanya dan bibirnya dimuncungkan.
"Jangan buat apa-apa .Umi ingin memasukkan Marjerin yang umi masak tadi".Setelah itu,tepung dimasukkan lagi sehingga ia benar-benar sudah sedia untuk diadun setelah dibiarkan sebentar.
Setelah 30 minit dibiarkan ,ia sudah sedia untuk dibentuk."Senangnya Umi bentukkan . Padahal tadi dia lembut "
"Lihat.Tadi adunan ini daripada cair seperti air,boleh diadun setelah dimasukkan sedikit demi sedikit tepung.Tepungnya juga adalah yang bersesuaian iaitu tepung gandum.Bukan tepung jagung ataupun tepung beras.Tepung juga tidak dimasukkan secara banyak terus untuk mengelakkan daripada ia berketul-ketul.
Begitulah juga manusia yang hidupnya perlu sentiasa diisi dengan perkara yang baik untuk menjadikannya manusia.Jika diisi dengan perkara yang tidak baik maka tidak akan terhasilnya manusia
yang boleh menjadi khalifah di muka bumi ini dengan sebenarnya.
Kemudian,kita sebagai manusia apabila melakukan sesuatu jangan tamak .Dalam hal ibadah pula jangan kerana ingin mengejar banyak sekaligus lama-lama tidak akan berhasil.Biar sikit asalkan istiqamah(berterusan).Itu lebih baik.
Setelah kita(manusia) diisi dengan perkara baik, kita akan lebih mudah untuk dibentuk.Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu ada kefahaman dalam ilmu itu dan dia mengamalkan.Jadi ini akan menghasilkan ummah yang berkualiti.Agama Islam juga dapat ditegakkan semula.Umi harap Irfan tidak hanya belajar mengenai membuat kuih donat."
'Subhanallah !dengan donat juga kita boleh mencari ibrah(pengajaran) jika kita ingin mencari.Sesungguhnya Allah telah menciptakan segala sesuatu dengan tidak sia-sia'
*Carilah dan ambillah ibrah dalam segala sesuatu itu.InsyaAllah memberi manfaat kepada kita.Fikirlah..fikirlah...dan fikirlah tentang alam dan semuanya.Selamat berfikir dan belajar ^_^ !
Itu resepi donat umi saya..
ReplyDeletesesiapa nk ambik...silalh
inshaAllah ambillah ibrah
Ahah!
ReplyDeleteBest ;)