Pages

22 February 2012

3-san : segalanya berlaku dalam sekelip mata~

Sebaik sahaja usai mendengar ceramah khas daripada tetamu istimewa kita hari ini di sekolah, ana bergegas masuk ke kelas... Pabila sampai di kelas, ana dapati bahawa ana antara orang terawal yang berada di dalam kelas...  Sedang sibuk berbual dengan rakan sekelas, tetibe muncul seekor burung terbang menegelilingi kelas kami...

Ana pun berkata kepada seorang rakan, "bahaya betullah burung tuh, terbang sana sini"... dia pun balas : "betul tuuuh! karang x pasal-pasal terkena kipas"... sebaik sahaja habis ayat itu...... 

Baaam! 

Burung tersebut sudah pun terkulai di lantai yang sejuk... Beberapa orang yang turut sama-sama menyaksikan insiden itu, turut terkejut... "Dia dah mati ke?", tanya seorang lagi rakan yang lain... Ana turut bergegas ke tempat kejadian... Kasihan burung itu, sekelip mata je dia dah mati... 

 
Memandangkan tiada siapa yang sanggup mengebumikan makhluk yang kasihan itu, ana offer untuk tolong tanamkan... Selepas tamat sahaja waktu persekolahan, terus sahaja ana balik ke rumah untuk tanam tubuh kaku itu... Kasihan, mati dalam sekelip mata... Insiden ni buat ana tersentak sekejap, macam tu lah kalau kita... Nak mati, bila2 je boleh berlaku, and, sangatlah sekejap nyawa kita ditarik... Ya ALLAH, Ingatkanlah aku pada maut sentiasa~

 
#Mood : insaf seketika... sesungguhnya maut itu sebaik-baik peringatan! T-T

j

 

1 comment:

  1. betul sangat2!!!!!

    100%
    heh.
    yupp, cukuplah mati sebagai peringatan..

    ReplyDelete