Tepat jam 7.53 minit pagi Nadia tiba di kelasnya yang terletak di tingkat dua bangunan blok B.Sejurus duduk di kerusinya yang terletak dua dari barisan hadapan kelas, dia terus mengeluarkan Al-Quran warna biru laut miliknya dan membuka halaman 44.Jadual kelasnya pada pagi Khamis itu adalah hafazan dan tilawah .Jadi semua pelajar tingkatan 4 diwajibkan untuk menghafal juzu' tiga.
Nadia bukanlah pelajar di sekolah tahfiz tetapi sistem sekolahnya yang mewajibkan pelajar untuk menghafal surah atau juzu' tertentu . Pelajar yang berumur tujuh tahun juga ada surah yang perlu dihafalnya. Sekolah Nadia amat menitik beratkan soal hafalan Al-Quran dan didikan agama . Jika Al-Quran ada dalam diri setiap pelajar sekolah ini,maka sahsiah pelajar juga dapat dibentuk.Hati mereka tidak keras dan dapat memudahkan mereka untuk menerima pelajaran .
"Ampun!...ampun..ampun...Ya Allah.Lain kali saya tidak akan melakukannya lagi",jerit Nadia tiba-tiba sambil berdiri di hadapan mejanya. "Nadia kenapa dengan awak ini?",tanya rakan sebelahnya,Nuha sambil menggoncang-goncang tubuh Nadia."Haa!". Wajah Nadia kebingungan menyebabkan seluruh ahli kelasnya berasa lucu dengan gelagatnya.
'Alamak saya tertidur rupanya.Malunya..'.Nadia terus duduk semula di kerusinya dan membuka Al-Quran.
Nadia terpandang ayat 263 surah Al-Baqarah yang dibacanya sebelum tertidur tadi .
"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti.Allah Mahakaya , Maha Penyantun"
'Laa...macam mana boleh termimpi-mimpi ni'..
*kisah di atas tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah mati.Segala kesalahan amatlah dikesali.
p/s:saya cuma ingin mengajak pembaca meneliti maksud surah Al-Baqarah ayat 263 seperti di atas.lihatlah sesungguhnya berkata yang baik atau memberi maaf itu lebih baik.Jadi kurangkanlah berkata yang tidak berfaedah dan saling bermaaf-maafanlah.dan ingatlah bahawa Allah Maha Penyantun.Allah sentiasa menerima taubat hambanya yang benar-benar ingin bertaubat.~
*jangan berdendam..x m'bri apa2 manfaat pon pda kita.
ReplyDelete*nk bersedekah biar ikhlas seikhlasnya
Like ;)
ReplyDeleteHaa :))
ReplyDeleteehem2.
ni buat sendiri ke ? nice !
kene bikin sendiri..kalu x nnti org habaq ciplak plk
ReplyDeleteAlhamdulillah idea mari stengah jam je bwat..eheh!
Allah mudahkan..
kalu yg ana punye ni,kalu nk ciplak or nk sbr2kn ..tok seh minx izin.ana izin kn awal2 ^,^..mende baik.bak pe nk kedekut sgt..
Alhamdulillah, kita dah ada seorg NOVELIS yg akan bersinar 1 hari nnti...
ReplyDeleteEhmm, ana nk jd apa pulak eh? cept2 kasi idea...