Pages

15 January 2012

4;ever; Peringatan yang amat berguna.

Bismillah...

Sebelum pergi lebih jauh. Ana mengajak semua merenung...berapa lama kita sudah diberi nyawa oleh Allah untuk hidup di muka bumi ini...

Dan, berapa lama lagi kita akan dapat berpijak di muka bumi ini? Ya, tiada siapa yang tahu..

****



Sabtu, 14/01/12..[5.30 p.m]

Saya ikut Umi pergi ke kelas Tauhid, yang diadakan berdekatan dengan rumah saya.

Sedikit 'ibrah yang saya nak kongsikan.


كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

آل عمران185

Every soul shall have a taste of death: and only on the Day of Judgment shall you be paid your full recompense. Only he who is saved far from the Fire and admitted to the Garden will have attained the object (of Life): for the life of this world is but goods and chattels of deception.



Haa! Mesti semua org dah tau topik apa yang saya nak share betul tak?

Mati.
Atau kata lainnya Ajal.


((وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ))


Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan..
[07:34]





Satu analogi yang diberi.

Ajal itu ada pada diri kita,sekarang ni, hanya tinggal suis ajal itu off atau on sahaja.
Jikalau suis itu on, innalillah..

Maka, kita semua, anda yang sedg membaca post ini, saya yg sedg menaip ini, suis ajal kita masih off lagi. Hamdulillah.

Maka, selagi suis ajal kita masih lagi off, maka lakukan amalan sebanyak mungkin sebelum suis ajal kita on.

Sebab itulah, mati sebagai peringatan yang terbaeekk.

Ajal tetap ada, umur kita yang bergerak menuju ke arah ajal,betul tak. Semakin meningkat usia, semakin dekat kita ke destinasi ajal kita..

Allahummakhtimlana bihusnil khatimah..


Wallahu'alam..

4 comments:

  1. allahummakhtimlana bihusnil khotimah,wala takhtim 'alaina bisu'il khotimah..ameen3~!

    mati adalah peringatan yg terbaik!betul3..
    teringat masa qiam f1,tentang mati.
    bergegar jiwa bila ingat mati TT

    apa2pun cik 4;ever,jazakillahu kheir ingatkan sy pd mati :')

    ReplyDelete
  2. Serius, memang takut bila ingat tntg mati
    Aish, berapa banyaklah amalan kita nk bawa bila mati nnti~

    ReplyDelete
  3. "sebijak-bijak manusia ialah manusia yg sentiasa mengingati MATI..."

    astarghfirullah hal'azim....

    ReplyDelete
  4. Ya Rabb, jangan Engkau matikan kami kecuali dlm keadaan MUSLIM...Ameen Ya Rabb...

    ReplyDelete