Pages

17 February 2015

6_^ :ade je....dan selalu

bismillah.

**post kali ini lebih kepada diary ana untuk ahli 9 sahabat baca ;)

kenapanya dengan tajuk tu?
ahah..for sure, takda kaitan sangat dengan yang nak ditulis.
tajuk tu cuma nak kata, "yang ana ada kat sini(?) dan selalu je ingat turn untuk update.hii.tapi, tak update"....and now, here i come.cett,ayat.

cerita2 biasa je lah..
alhamdulillah dah mula sekolah ni. dah 3 minggu lebih kurang...pastu2, life kat uni pun dah better i think.means, makin faham apa yang cikgu ajar, then mampu jugak la salin notes sendiri(walaupun tak fully dan tak tersusun.peace),join banyak,banyak,banyak kelas lain.saje.hahha...bukan nak riya' kata nak kutip ilmu banyak.na'uzubillah...entah la..ana just nak isi masa kat sini penuh penuh penuh dengan ilmu.nak belajar, belajar, dan belajar. :D .oh. dan nak jugak biasakan diri dengan surrounding yang agak baru ini(satu sem dah berlalu pun..errk!)

em, nak share sikit lah.
semalam jumpa dengan sorang sahabat ana tu...
dia baru balik dari jaulah uk-eire....
em, sejujurnya, ana jeles je dengan sahabat2 ana yang dapat pergi mana2 jaulah..seyes banyak sangat sangat ibrah yang boleh ambil dan dapat jumpa sahabat baru yang kat sana yang jauh lebih superb.boleh belajar dengan dorang jugak...say alhamdulillah then kepada yang berpeluang ber jaulah :)

dan, bila ana sendiri belum mampu lagi untuk pergi...hmm.memang akan serbu lah mereka2 yang dapat pergi jaulah :D ...tuntut sharing..
apa yang ana nak kongsi adalah....

"kita dah plan dah, awal2 kita join DnT ni dulu, kita takkan buat kerja2 sampaikan tarbiyah tu kat orang lain.just kita baik sorang2 ok lah".stop.
....
sambung balik,
 "tapi,ada satu masa tu ,ade sorang akak tu cakap, takkanlah kita just nak stop kan kerja2 Nabi sampaikan Islam kat orang lain..so, nak tak nak memang kena jugak lah sampaikan".hmm.

alhamdulillah again dengan hidayah yang Allah nak bagi pada dia, just like that.and yes.she grab it! =D

yeah.that's it...
sometimes tu lupa je apa yang kite nak buat kat dunia ni sebenarnye...
dan selalu jugak rasa nak fed up.
but,
oh ye..sahabat ana tu still sanfur(arab 'ammi: budak hingusan,masih baru) lagi dalam DnT ni.
semangat dia tu sangat2 masyaAllah..hmm.malu jugak kat diri sendiri.

jadinya....

yosh sama2 terus sampaikan Islam tu pada orang lain jugak...
ramai je lagi manusia kat luar sana tu belum sampai Islam yang sebenar pada dia.
kongsikan pada dia untuk menuju Allah sama2 :)
dan YOU.yes kita yang dah tahu ni lah yang kena sampaikan.
gud luck ^_^
may Allah ease...

*sebelum ana tido tu...sahabat ana tu, dia tengah bincang dengan roomate dia tentang mutaba'ah amal mereka kat dalam room tu .oke.itu comel, pada ana lah :D

10.33pm(jam dalam lappy ni),
+1jam 32mins(waktu sebenar),
in our room,
sayang malaysia :*
 

7 January 2015

6 ; riseOftheGuardian

Bismillah

Ibrah(pengajaran) kalau difikir akan jumpa je insyaAllah.anywhere.anytime.

Just watch hero in RiseOfTheGuardian, Jack Frost.
Terlalu banyak ibrah yang boleh diambil jika berfikir!

1. Kepercayaan.
Jack yang sebelum ini tak dapat dilihat oleh seorang budak, Tapi setelah budak itu percaya akan Jack baru dia dapat lihat Jack.

Begitu juga dengan Kita.
Islam ni banyak perkara yang kena percaya dengan yang tak nampak. Ya. keIMANan pada.....

Allah. Nabi Muhammad s.a.w . Pahala. Alam kubur. Malaikat. Yaumul Qiamah. Syurga. Neraka.

Semuanya membutuhkan kepercayaan itu. And then..your life will be guide coz you believe ;)

2. Khalifah.
Jack pada awalnya tidak menerima pentaklifannya sebagai guidance,Tapi setelah sedar dia adalah guidance,dia bertindak.

That's how we as Muslim, not only Muslim on identity card or only your name sounds Muslim,but you also must show and apply Muslims character and akhlaq dalam diri.

And you must realise your responsibilities to ummah.you are the one who must continue what's our prophet done,which is
spread Islam.
Sebarkan apa yang Kamu rasa apabila merasai cinta Allah itu.
Dan sebarkan bahawa Kita ini hidup untuk Allah yang satu.

:)

Hari esoknya,
07.11.15
*now with baby snowflakes here ^_^ *

6 January 2015

3 : sabar yang chantik

Dengan nama Allah, yang menciptakan cinta..~

Hari-hari yang padat. Tulisan tulisan usratiy memberi hammasah untuk diri berkongsi jg. Berkongsi cerita dan rasa.

"Jika diberi peluang untuk meminta, aku mohon untuk menjadi orang yang bersyukur" - ukhty

Minal qoleel

Tarbiyah yg bertahun2 lamanya, yang dinikmati pd zaman dulu sgt bermakna. Sllu jg fikir, "mcamana eh fes tyme terjebak dgn kelompok ni" aha.

Tidak lain dan tidak bukan, atas kasih sayang Allah, cintaNya pd kita itu asbab kita dipilih dlm golongan yg menerima tarbiyah.

Maka jadilah kita seperti hari ini. Bukan orang biasa biasa.

Situasi sebagai pelajar kolej/universiti ini yang membuatkan kita nampak hasilnya. Saat bercampur dgn masyarakat.

Betapa sabar yang kita genggam saat ditarbiyah dahulu itu bukanlah sia-sia.

Mari maintain tarbiyah dzatiyah ;)

4:42pm,
Bumi Johor





4 January 2015

4: Jauhnya kitaa.

Bismillah.

Butang play ditekan.

Bukti Cinta - Rabithah memenuhi ruang bilik.

Ambil mood Maulid.




Apakah bukti cinta diriku padamu,
Adakah dirimu menjadi ikutanku??


-----------------------------

Dari pagi sampai sekarang tyme awak tengah baca post ni.

Berapa banyak dah sunnah Nabi kita buat?

Sunnah -- Semua perkara yang disandarkan kepada Nabi.
               Dari segi; 1.Sifat 2. Perbuatan 3. Pengakuan


Betapa sayang dan rindunya Nabi pada kita.

Kalau boleh, jangan ummatnya ini rasa kesusahan hidup walaupun sedikit.

Betapa tabahnya baginda menyampaikan dakwah sehingga Islam itu dengan izin Allah sampai kepada kita.

*nangis*



Tekan butang replay.
Sebab nasyid tadi dah habis.

Apa kena mengena dengan tajuk sebenarnya.

Memang zaman Nabi jauh sangat dengan kita sekarang ni.

Tapi dengan segala kecanggihan alat moden yang Allah beri ni adakah amalan kita masih sama dengan amalan orang-orang terdahulu?

Jauh.

5:46 p.m,
Malaysia.

29 December 2014

Emergency post ; 4: Rabb kitaa

Bismillahhhhh.

Ya Allah lamanya tak update.

Huhu.

--------------------

Tinggi betul banggunan tuu.. Dari tingkap bilik dh boleh nampak dah..

Betul. Tapi

Lagi tinggi langit Tuhan.

Sepi.

Tadabbur alam. Memang tak nafi lah.

Langit Tuhan..

------------

Maaf sbb lama tak update.

Maaf sbb post kali ni pendek je.

Moga dapat 'ibrah.



Wallahu'alam.

Bumi cuti sekolah tambah lagi 1 minggu.
9:22 pm
Isnin
29 Disember 2014
Rabiulawwal 1436H 

26 December 2014

6: eh....4 rabi'ul awwal sudaa

Bismillah.

3times Tak update.
Setiap satu,ada saja musykilah.nak update,tapi tak.Tapi boleh je :D
Then, Alhamdulillah berkesempatan post today.

Oh.Oh.Tadi jumpa akak Syria ni.
Akhir kalam tu, dia pesan:
*(translate: guna bahasa ana ;) )
" selawat 70,000 kali deh."ana kerut Muka.'kenapanya tiba-tiba nak selawat banyak tu'.
"Kami(di Syria) akan selawat sebanyak 70,000 kali dalam bulan rabiul awal ni,bulan kelahiran baginda.sebagai tanda cinta dan rindu kami kepada Nabi Muhammad s.a.w" .ok macam faham je dengan ke'blur'an kami :)
Then, "Woah :O .bagusnya Syria".Kita di Malaysia ada sambutan maulidur rasul.hmm.mereka punya cara lebih menarik.
"Ok.jika begitu,mulai hari ni awak Semua kena selawat 2,500 kali sehari" .muka kerut lagi.
"Eh, tak lama. Dalam 2jam lebih kurang :D " .insyaAllah.

"Err.Dah masuk bulan rabiul awal ke?"

*yosh selawat!!
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه

7.42pm waktu Malaysia
26 Disember 2014M
4 Rabi'ul Awwal 1436H

12 December 2014

3 : kata inche gabbana, muhasarawak

Bismillah.

Bukanlah hebatnya pada gelaran 'akhawat'. Tapi hebatnya pada natijahnya. Yakni tentang bagaimana banyaknya dan muntij hasilnya. TT

Bahkan Allah memandang pada amal. Sudah pasti, entah entah amalan orang kebiasaan itu yang Allah kira.

Maka, ini muhasabah kita.

Apa yang akan kita tunjukkan pada Tuhan.

Kadang orang yang beri impak pada diri, itu yang menjadi kekuatan. Teringat mereka umpama mereka di sisi. Dasaat masyaAllah

Moga Allah ampuni khilaf2

1:18am
Di dalam realiti huaaa

5 December 2014

4: sebab apaa.

Bismillah.

Jangan sampai bila kita rasa susah nak hafal Quran, timbul sedikit rasa benci atau tak suka kepada Quran.

Sebab bila ada orang atas kita marah.

Kenapa susah sangat nak hafal Quran.

Padahal, cuba cek balik sebab susah hafal tu.

Selalunya bila hati & akal dah dipenuhi benda yg tak sepatutnya sebab tu susah tu.


Bila lagu bahasa pelik2 boleh senang laju je hafal. Padahal tak paham pun boleh je.

Kadang sampai dengar tiap2 hari. Sebab suka. Dan minat.

Agak2 kita punya minat suka dan cinta terhadap Quran tu tak sama macam kita minat lagu pelik2 tu eh?

Sebab tu susah je nak hafal.

Padahal, quran ni Allah yg turunkan. Kata2 Allah.

Lagu pelik tu kata2 sape?

Manusia. Well said.

Cek balik.

Hati.

Ilmu tu cahaya. Dan cahaya tak kan masuk laa dalam hati yg penuh maksiat..

Jangan nak salahkan orang lain kalau susah hafal.

Sbb dosa kita banyak.

Tak tuju kat sesapa laa.

Jgn ingat kita duk zon selesa dah hafal banyak. Selagi 30 juzu' tu tak tersemat dalam dada.

Moga Allah redha.

5:39 a.m
5Disember2014M
12Safar1436H
Malaysia.

P/s: sorii lambat :D

Waktu m'sia dah 5hb hehe.



25 November 2014

3 : saya nak thabat.

Bismillah.

MashaAllah sebenarnya tak sabar nak post. Tpi hari ni baru kesampaian utk tunaikan hajat ini :D

Betullah kata orang, pengalaman mematangkan. Lagi2, bila dah besar ni (besarrr eh?) banyak benda kita lalui.

Keperluan duit tu pun dah semakin rasa. Eheh

Moga semuanya membuatkan kita berjiwa besar <3

Walaupun, kadang2 ada je part yang kita tak suka sebab bukan cara hidup kita yang sebelum ni. Belajar untuk adapt pun penting. Asal tajarrud :-B

Tapi ade seorang kakak akhawat explain tentang surah as sharh. Biasalah, bila kita ulang balik something yang dah pernah kita dengar, kita still akan dapat benda baru.

Jeng3, bersama kesulitan ada kemudahan. Saudara syiria, kesulitan mereka adalah peperangan, tapi bersama mereka kemudahan mahupun kemanisan itu adalah pada kalimah lailahaillaah itu. Mungkin juga pada kita kesulitan itu tiada kawan yang sekepala sefikrah bersama2, tpi kemanisannya pada tarbiyah yang Allah sampaikan melalui mereka.

Last but not least, benda yang kita kejar dalam kesibukan waktu ini actually satu, redha Allah. Moga2 kita antara mereka yang diredhai Allah. Amin

Selamat melangkah dengan iman :)

*asifah post bukan pd waktunya. Hehe

24 November 2014

4 : Qawiyy

Bismillah.


"Pedagang yang berjaya adalah pedagang yang dapat menghasilkan satu qirsy dalam setiap harinya, dan seorang da'i yang berjaya adalah da'i yang dapat mendakwahi satu orang setiap harinya. "


-- Bagaimana Menyentuh Hati
'Abbas AsSisi--


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


" Memang takleh eh main-main dengan lelaki macamtu"..

Haaa..
Senyum.

Sebab semalam dah kena tegur main chess dengan lelaki.

"Awak kan dah baligh, dah besaarr tak kan sampai awak tua nak main dengan lelaki?..."

"Tak. Saya tak nak."

"Kalau guru dekat sekolah pagi ada tak tegur awak main dengan lelaki"..

Geleng.

"Haa.. Tu sebab awak kena sekolah agama.."

9:23 pm.
1 Safar 1436H,
24 Nov 2014,
Malaysia.




18 November 2014

7 Emergency Post Hehe New Life

Alhamdulillah selesai satu lagi paper baru berkesempatan menulis

sekarang melepak di bilik tv cuba cuba bermesra dengan akak senior cina dan india yang ada paper esok. hehe suka suka je nak mengacau orang!

setengah tahun bergelar mahasiswi mengajar erti kehidupan bukan pada menghukum

walaupun banyak stigma negatif tentang isu perkauman, saya memilih untuk cuba meneutralkan perasaan itu

islam tak pernah ajar kita untuk melabel

kakak kakak yang saban hari menemaniku belajar di bilik tv nilah terkadang mengajar aku erti kemanusiaan

bila hujan akak india yang tolong tutup tingkap

bila nak study, akak cinalah yang tutup tv sebab tak nak ganggu (walaupun haku yg kena berambus sebab study kat bilik tv)

bila nak ke toilet insan nilah yang dipercayai untuk menjaga harta benda

tapi perkara perkara kecil nilah kadang kadang kita tak nampak pada seorang muslim

hidup cara nafsi nafsi telah mengajar kita untuk hanya pentingkan diri sendiri

bila kain jiran jatuh daripada ampaian, bukanlah sukar untuk angkat semula

bila terserempak senyumlah

malu saya bila acap kali akak cina yang senyum sapa sambil menundukkan kepala sikit tanda hormat

aaaahhhhh kenapa kenapa kenapa diri ni susah sangat nak mula dulu!

satu lagi,

hidup berjiran dengan penganut agama yang membakar colok dalam bilik bukan mudah

bau asap menguji tahap kesabaran

selalu mempersoal macammana mereka boleh survive dalam bilik tu kalau orang kat luar dah rasa macam nak meningg**

tapi islam ajar kita berlapang dada

semua panduan dah ada tinggal nak implement je

kenapaaa susahh sangattt nak terimaaaaa macamlahh semuaa awak buat tak pernahh buat jiran rasa tergangguuu!


jadi inilah proses pembelajaran

kehidupan yang mematangkan adalah

yang mengajar kita untuk berbakti kepada orang sekeliling

bukan menghukum

Love and be loved

17 November 2014

6_^ kembali.... yo!

Bismillah...

Oh.sungguh Rindu. Tak terluah di mulut.Cuma dalam hati.
Nak update ni pun,berdebar pulak.
Oh.sungguh rugi Tak update minggu lepas.

Hmm.emm..
Nak cerita apa ya pada antunna?
Fikir.fikir.Dan fikir.
Weh.idea Tak Mari lah.

Oh.ada kut.untuk pertama kali post nih.

Seriously,
Memang belajar baaanyaaakkk sangat.sangat.sangat perkara.
MemBESAR.
InsyaAllah bukan sekadar jismi(badan), Tapi juga pemikiran.ya,cara fikir.apa yang difikir.
Juga amal.
Sudah tiba masa untuk dipraktik segala yang sudah belajar.ya,memang banyak lagi kene belajar .Tapi masih boleh amal sambil belajar .

^_^

#life4learn.
#Rindu antunna teramat.
#fii hifzillah semuanya

*oh.gaya bahasa terpaksa ditukar sikit.Tak pasti banyak atau sikit.
Hoho.ini gara2 taknak terkantoi!

15 November 2014

4: ambil 'ibrah daripada budak comel

Bismlillah.



Hee kalau ikut waktu Malaysia dah 15hb ni :P

Hihi takpe saya ikut waktu Kazakhstan, dua jam lambat. Ngee.

Hari ni hujan lebat. Rahmat Allah, tak boleh pertikai. Waktu hujan ni laaa nak doa banyak2 betul tak?

Cerita pasal hujan ni... Teringat satu cerita. Ha. Meh baca cerpendek yang tak seberapa ni. Jangan marah malau tak best. Sebab saya bukan penulis cerita.
------------------------------------------------


"Huhhh. Penat betul hari ni. Kelas full dari tengahari sampai petang".

Hujan lebat baru sahaja berhenti.

Rahmat.

Dari jauh kelihatan seorang anak kecil, mungkin dalam lingkungan umur 7 atau 8 tahun.

Datang ke arahnya.

Pelik. Nak apa budak ni?

"Akak, akak dah baca doa hujan?.."

Hah. Sentap jap.

Jeda. Cari idea nak cover malu.

"Ermmmm haaa macam mana doa hujan?.. " tanya nada menguji.

Nak mengelak jawab soalan atas tu.

"Macam ni.... Bismillahirrahmanirrahimm.." Sambil tadah tangan.

اللهم صيبا نافعا :D

"Ameen"..

"Apa maksud dia eh kakak?"

"Haaa maksud diaa, Ya Allah jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat."

"Okeyy."

Sibuk sangat sampai lupa nak baca doa hujan. Eishh selama ni duk sibuk ajar kat generasi muda doa hujan.

Tapi diri sendiri? Moga dijauhkan dari golongan yang disebutkan dalam Surah [as-Saff : 2-3]

--------------------------------------

TAMAT.

Sape tak paham? Hahah. Ni cikai je, semoga bermanfaat.

01:49 am
Malaysia masih aman.
Sangat.








12 November 2014

2 : Journey

" Some Hearts Understand Each Other Even In Silence
- Rumi -


Hampir setahun sudah kita tinggalkan alam persekolahan. 

Menempuhi alam baru. dengan Keadaan yang baru. Situasi yang baru. Biah yang baru. dan Cabaran yang baru. dan ini semua akan mencantikkan lagi lakaran lakaran Memori yang tercipta.

Menapak langkah demi langkah menuju kedewasaan. *eh*

Jangan berhenti berharap. Jangan berhenti berdoa.

الرجاء
الخوف
المحبة

Pimpinlah saya. Doakanlah saya. 
Jom saling berpimpinan. Jom saling mendoakan.
Yang terbaik InsyaAllah.


Semoga Hati kita sentiasa bertaut dalam cinta-Nya.
12 November 2014.
Malaysia. Jordan

p/s : Sorry pendek je 

7 November 2014

7 : Sungguh Aku Rindu

Bismillahi walhamdulillah subhanallah Allahu akbar



malam ni merupakan salah satu tanda cinta dan rahmat keagungan yang Maha Esa


 di bawah bumbung institusi sambil ditemani alunan muzik yang dimainkan oleh jiran. dia sedang prektis saya kira untuk exam yang bakal menyusul. udara sejuk tempias rembesan hujan sebentar tadi, bantal empuk dan stokin lembut di kaki


aaaah~~~
mood dah ada apa kata kita mula <3


alhamdulillah bersyukur sangat atas ukhwah ini.

mungkin inilah yang namanya cinta yang terbinanya ia atas dasar iman dan islam

inilah cerita cinta kita semua


dalam pahit suka duka cemburu marah cinta geram dan sebagainya, hati kita tetap masih saling merindui semua. masih tidak serik dan lokek untuk meluahkan kata rindu dan menthrowback segala memori indah yang terpahat di hati.


kerana cinta kita insyallah ke sorga

tiada pengakhirannya


teringat bagaimana suasana cinta dalam bulatan kasih yang sentisa saling mengingatkan kepadaNya

terlalu rindu akan perasaan sayang itu

terlalu berharga nilainya akan pelukan hangat seorang ukhti tanda sifat pengasihnya

macammana  kata kata hikmah berupa nasihat

bukan untuk meraih apa, tapi hanya sebagai hiburan buat jiwa yang terluka

hmmmmm

walaupun medan kita sama di permulaannya namun hakikatnya masing masing akhirnya terpisah dengan izinNya

ingatkan entunna dengan si dendilion?

itulah kita, tersebarnya untuk membawa satu risalah yang sama

alhubb ilaLlah

**********************

terpilih untuk berlayar dahulu bukan satu perkara yang mudah

melepaskan cinta untuk berjuang di medan yang baru, ternyata perlukan mujahadah

mujahadah mencari teman sefikrah

mujahadah mencari teman musyawarah

mujahadah melawan nafsu serakah!

semua itu sumpah parah :'(

************************


tapi ingatlah! setiap kesukaran, Allah berikan seribu kesenangan

Allah berikan nikmat berada di sorga dunia

Allah beri peluang untuk diri ini bersama sama akhawat

inilah sumber kekuatan, ahlulbayt

mereka mengajar erti kehidupan

kebersamaan


************************

kini, semua dendelion dendelion cinta telah menebar jauh

namun bersama kita, dibawa hati dan kisah cinta kita

bersama memburu redha Nya

*************************

dan di sini, wakil dendelion yang berterbangan jauh

mengharapkan doa yang terbaik untuknya

bukanlah mudah berpijak di atas rahmat dan redha Nya

kerana hati ini terkadang huyung hayang dan tergoyah kerana ujian daripada Nya


salam rindu cinta keranaNya
Malaysia
7 November 2014
02:02 pagi









5 November 2014

4; hiyaaaa~!

Bismillah..

26/10

Tetiba terasa nak bukak laman sesawang blogger.com. Lama dah tak jenguk. 

Scroll page. Terjumpa laman sesawang blog yang lama. Malu betul bila baca semula apa yang ditulis oleh diri sendiri. Rasa macam....

Tak matang. *ceh macamla sekarang ni matang sangat* 

Scroll bawah lagi.

Tetibe terjumpa terpandang link ni.

Lakaran 9 Hati. Eh. Macam.....

YaAllah! Hampir tak ingat dah kewujudan blog ni. Huhuhu.

Terus bukak. Baca semua post. Gelak sorang2. 

4/11

Terus mesej 2. Hehe.

-------------------------------------—————
"Wehhhhh, tapi lupa password dengan emel..."

Isi recovery emel. Baru dapat. Lama sangat dah sampai lupa emel. 


So, ada harapan tak nak update post macam dulu? 

Ceh bajet macam ada je pembaca setia. 

InsyaAllah sampai sini je dulu.

11:49 pm,
Malaysia. 

Baru lepas hujan lebat petir kilat.
Tapi hujan kan rahmat,
Buat apa nak lari dari rahmat Allah kan.

17 July 2012

6,~ Ramadhaaaaan =)


Sollu alan Nabi Muhammad  


Bulan yang dirindui sudah hampir tiba..
Ahlan...ahlan..ahlan ya Ramadhan =)




Mari ! JOM! let's go !






"Erm..maaf.Tumpang tanya.Akademi Fantasiku di mana ?"
"Eh..cik dah salah tempat ni.Ini AR ataupun nama panjangnya Akademi Ramadhan . Jika nak sertai ,ianya tidak memerlukan bayaran mahupun mengisi pelbagai borang .Yang perlu cik lakukan hanyalah masuk melalui pintu  itu .Dan kalau nak lebih best ,sila bersihkan hati di bilik sebelah sini .Terima kasih ^_^ "


menarik bukan kawan-kawan ! jom sertainya dengan bersungguh-sungguh




Hidupkan dengan membaca dan mentadabbur our love letter .Manfaatkan masa yang ada dengan sebaik mungkin .Dan.....kurangkan mengumpat dan bercakap perkara yang tidak mendatangkan manfaat.

"Berkatalah yang baik ataupun DIAM !"



Woah...lebih baik daripada 1000 bulan .Ini sudah lebih .Tidak mungkin ada yang akan menawarkan peluang seperti ini di sini .Nak tunggu 1000 bulan hidup di dunia ini pun belum tentu kita masih hidup .huh. Apalagi,grab the chance infront of you .Jangan tunggu dan lihat untuk disuap sahaja . 



Target siap-siap supaya tiada lah nanti kekosongan masa tidak tahu nak buat apa .

Jika kita melalui Universiti TAQWA ini dengan bersungguh-sungguh,insyaAllah akan dapat segulung ijazah TAQWA (yang invisible-tidak boleh dilihat melalui mata kasar,tetapi dapat dilihat melalui amal perbuatan seseorang ,ahah !ajaib) .

Oleh itu, "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM ."



May everyone always be blessed .amin =]

*salam'alaikum semua .asif.post kali ini sepertinya tumbler dek terlalu banyaknya gambar .tidak mengapalah .kita mengaplikasikan tumbler di blog .bukan selalu .ahah!

semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dapat melalui ramadhan denga gembira dan lancar ^_^

6 July 2012

Sollu alan Nabi Muhammad

Wahh.. Rindunya .Sudah lama tidak ku update blog ini. Eceh,sudah gaya blog sendiri .Padahal blog sesama ahli usrah.Tehee.Sedar diri tu.

Sudah dua minggu juga blog ini tidak diupdate .Alahai ,kesiannya! .Maaf ya ,blog dan teman semua . KAMI sibuk dengan urusan masing-masing . Perkataan sibuk @ masyghul tidak akan pernah lupus daripada kamus hidup seseorang yang sudah melibatkan dirinya secara full time not part time work dalam dunia da'ie ini. Jadi selamat berjuang semua sahabat ^-^ .

Hamdulillah diberi kesempatan untuk mengupdate blog hari ini. Hamdulillah sangat ;) !!
Sebab ana tidak update blog ialah ...internet loading lama sangat .Tidak tahan menunggu , lalu terus sign out . Hahah . Baik buat kerja lain daripada melangut menanti loading .


InsyaAllah hari ni nak share tentang "SANGAT DEKATNYA ALLAH DENGAN KITA!"

Ahah..memang benarlah .Dalam Al-Quran Allah ada berfirman :

{Al-Baqarah 2:186}
Nak minta pertolongan ...mintalah pada Allah.
Always remember Him .
Like :"Ya Allah ! " 
Ahah !seperti ayat di atas juga boleh :)

Hasbunallahu wa ni'mal wakil...
ni'mal maula ,wa ni'man nasir 

Allah tempat berlindung :)

InsyaAllah sehingga sini sahaja .Bertemu lagi dalam penulisan yang akan datang .Moga dapat ibrahnya .Wassalam :}







5 June 2012

6 .. sakit -is it hurt ??

Sollu alan Nabi Muhammad..

First of all,ingin mengucapkan asif jiddan kepada 5. Saya terpaksa menge'post' pada hari ini kerna malam ini mahu pergi jauh! :) .Jadi mohon tumpang tarikh nya, ya 5 .syukran ^_^ .Moga Allah membalas jasa baikmu <3 .

jauh laa sgt ..utara jepp pon.tpi,xde le utara mana <<sudaa merepeksz 

Apa khabar semua ?Apa khabar iman sekalian . 'Eit..jangan asyik tanya orang sahaja .Diri dia sendiri bagaimana ? apa sihat?' Allah saya sedang tenat kali .eheh .Semoga semua berada keadaan yang membolehkan kalian membaca post kali ini.hehe .

*saya sudah rasa blog ini kepunyaan saya sahaja(sebentar tadi) .tapi still bawah nama blog usrah .ni yang nak kene buat blog sendiri ni. ahah! ;)

27 May 2012

Sollu Alan Nabi Muhammad

Hamdulillah masih berkesempatan untuk menge'post' di ruangan blog ini. Syukur sangat :) .Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita,insyaAllah .Ameen .

Hari ini teringin berkongsi tentang 'pabila hati berbicara' .Terasa ingin meluah di sini. Mungkin ini merupakan tempat yang sesuai(ya..mungkin) .Niat di hati hanya untuk meluah bukan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak dan merosakkan ukhuwwah yang sudah terbina .